Oleh : tok_busu
Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...
7 ulasan:
Salam YB,
Mmgla naya ikan tu. Haram hukumnya kalau pancing ikan hanya untuk kepuasan sahaja. Zalim perbuatan tu.
Ada satu tokoh agama pernah buat kenytaan dalam satu majalah dengan mengatakan bahwa dia amat gembira apabila bertarung dengan ikan hampir 30 min. Dan melepaskan ikan tersebut sebaik sahaja berjaya di tangkap.
Mcma lah Puak2 yang suka buat onak dan demostrasi. Haram hukm nya. Apatah lagi bercampur lelaki dan perempuan.
Pastu pulak tak solat zohor/asar. Bayangkanlah budak2 pompuan tu... bila kena air FRU. Dengan baju yang basah kuyup. Akan terdedahlah aurat...tambah pulak pakai t shrt.
Tak tahulah kat mana dia org balajar agama.. sanggup menjerit pekit kat jalanan bercampur jantan betina...sanggup kana tipu untuk masuk syrga..
Taubatlah...jgn lagi buat maksiat. Dah la bodo..pastu kana tipu lagi..kena tangkap. kesian budak2 kampung ni
apabila kehilangan, baru merasai erti kewujudan. Sewaktu ia ada disamping, semua jadi tak kena..salah sedikit,amarahnya tak hilang. Bila dah tiada, segala kebaikan baru terjelma..tapi, semua itu hanya bayangan dalam fikiran..kerana ia sudah tiada lagi untuk selamanya.
salam kpd dol kaki rempit..
sebelum bercakap baik pikir dahulu semasak2,kalau dah bodoh,baik diam,orang tak tahu kite bodoh,tapi nak bercakap jugak terang2 nampak kebodohan.
sebelum saudara nak buat kenyataan tu,saudara fikirkanlah dulu kenapa rakyat jadi macam tu,
xlain dan x bukan kerana bukan 1malaysia bodoh dan bangang mengikut telunjuk pemimpin yang dah terang2 tolak Al Quran dan Hadis.
saudara boleh bercakap kerana saudara belom pernah masuk ISA kan.
kita ada akal fikir2la..wajarkah manusia dihukum tanpa sebab.xzalim ker???
budak2 pompuan yang kuyup sebab sape??
penganjur ker suruh diorang berarak dalam keadaan kuyup??
atau mereka disimbah,dihambat?
bertaubatlah sebelum terlambat,kalo yang berarak utk membanteras kezaliman saudara kata "buat maksiat" akibat kene simbah ,bagaimana pula konsert2 yang melampau2 bercampur2 laki pompuan ,,??baik di luatr rumah @dalam tv???seolah2 menganjing dgn agama ISLAM..kenapa yang itu saudara senyap dan x berkata ape2 kalo saudara seorang yang mengaku beragama islam???bertaubatlah dol kaki rempit...
Assalamualaikum YB..bagus jugak YB show comment si dol tu..
Dah macam ludah ke langit..
Jangan cepat melatah dol..ni mesti tengok TV3..takpn bace Berita Harian je..
Nak habaq mai ni..time demonstrasi mansuhkan ISA tu, dol ade tak ??? takpn, sanggup tinggal solat semata-mata nk buat fitnah yang kurang cerdik ni ?? takpe la dol, mungkin dol tersalah tengok..tengok kat non-muslim..sah-sah la dia tak pegi solat..hehe
Lagi satu, orang-orang yang basah kuyup tu salah sape ??? BOMBA ?? DBKL yang tengah siram bunga tepi jalan ??? Takpun ade taman tema air kat situ?? Mesti la keje FRU, nape la nk simbah air, sembur gas..ape salah kalau dia tlg polis trafik jaga jalan..bagi semua jalan lancar..takda la orang nk marah. Time demonstrasi tu..takde sape bawak parang dengan buku lima. Bawak diri je..
Ade lagi ni, kalau la dol rajin..cube buat perbandingan puteri umNO dengan muslimat PAS..same ke??? Dol, tolong la datang ceramah kalau tak sibuk dengan kerja dunia..tengok dengan mata sendiri, jangan bace BH je..kalau t-shirt pn, muslimat pakai yang long sleeve..takpn ade sarung..kalau nk cari yang ‘free hair’ tu jauh sekali la..mase demonstrasi tu, bukan orang Islam je yang datang tau..so, jangan judge untuk satu pihak..
Last skali, nk pesan kat dol..jangan main sondol je na?? pakai helmet sama..
oooii Dol Kakirempit pandai koi buat hukum r
kalau yang ikan tu betul la kot ,,kalu yang demostrasi jangan pandai2 lu wat hukum r... mm nk tya kalau umnoo wt zalim rakyat gane hukum nyoo jwab dolllllllllll? jawab dol
iklan
ingin mengentahui (kuasa email berkerja untk anda)
sila link http://www.kuasaemail.com/index.php?ref=metro008
nama blog pon
"DOL KAKIREMPIT"
mmg x da mission pnya manusia mcm ni laa "melayu"
mula2 nmpak mcm lawak2 je bkak blog, last2 selepas buat kajian keatas blog "DOL MMG SAMDOL" ni, mmg x da manfaat...
so kalo nk komen @ nak sindir pon guna akal d kepala, bkn d kpala lutut (conner samanthan letak lutut bole laa)
aku walaupun x da blog, tp aku dpt ilmu smua dr org2 yg berilmu, yg pndai2 dlm IT, x mcm seorang yg begelar dato/tan sri wht everlah, smpai x tahu bkak email....
kepada dolkakirempit...
bila baca komen saudara, mesti saudara ni sekolah sampai darjah enam je kan,macam banyak benda tak tau je..pastu, mesti asyik tengok tv3 dgn baca berita harian ..
Catat Ulasan