06 Ogos 2009

Pemimpin Umno, BN mulai faham 'bahasa rakyat' - Mahfuz

TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Kalau sebelum ini pemimpin Barisan Nasional (BN) memperlekehkan perhimpunan aman rakyat bagi membantah sesuatu isu, namun kini suasana sudah bertukar.

Mereka tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan cemas sehingga terpaksa mencari pelbagai isu bagi menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Keadaan terdesak itu dapat dilihat apabila media pro BN terpaksa mencipta pelbagai isu termasuk menyiarkan berita seorang bapa mendakwa anaknya diperalat.

Manakala peniaga di Kuala Lumpur pula mendakwa mengalami kerugian besar ekoran demontrasi membantah ISA, Sabtu lalu.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno sekarang mulai faham 'bahasa' rakyat melalui bantahan jalanan secara besar-besaran yang diadakan.

"Sekarang barulah mereka faham bahasa rakyat apabila ramai turun ke jalan raya bagi membantah ketidakadilan yang berlaku.

"Kehadiran begitu ramai di jalan raya pada 1 Ogos lalu benar-benar telah meresahkan pemimpin Umno dan BN," katanya pada ceramah di Morak, malam semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, dan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub serta anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Sabtu lalu puluhan ribu rakyat menyertai demontrasi membantah ISA yang dianggap sebagai sebuah akta tidak bertamadun kerana menahan tanpa bicara.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya benar tidak ramai hadir pada perhimpunan tersebut sudah tentu pemimpin Umno tidak cemas seperti berlaku sekarang.

Beliau berkata, kejayaan demontrasi jalanan dapat dilihat apabila perhimpunan membantah pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mendapat kejayaan apabila kerajaan mengumumkan dasar tersebut dibatalkan.

Menurutnya juga demontrasi yang diadakan tidak menimbulkan sebarang kekecohan sekiranya tidak ada provokasi pihak keselamatan.

Katanya juga demontrasi yang disertai kira-kira 50,000 orang bagi membantah kekecaman Israel pada 26 Julai 2006 bermula di Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan kerana tiada provokasi.

Salahuddin pula berkata, bantahan terhadap ISA diadakan pada 1 Ogos lalu sempena genap 50 tahun akta tersebut dikuatkuasa di negara ini.

HarakahDaily.Net/-

4 ulasan:

pemudapaskijal berkata...

Asslmu'Alaikum.

Syabas dan tahniah kepada semua pejuang-pejuang yang menghadiri Himpunan ISA.

Walaupun tidak berjaya berarak sehingga ke Istana Negara, namun mesej yang ingin disampaikam kepada Kerajaan Najib dan isterinya teleh berjaya disempurnakan dengan jayanya walaupun ditekan begitu rakus oleh pihak polis.

Ins'Allah ianya akan berterusan sehingga Akta ISA dimansuhkan.

Kepada semua Pejuang-pejuang, kita akan berarak pula ke PRK Permatang Pasir demi mempertahankan Keadilan dan Hak Rakyat.

ALLAHUAKHABAR.

zackeye berkata...

BN akan menghentam apa saja yang dibuat oleh PR kerana mereka sedang berlatih untuk menjadi pembangkang. Sebagai pembangkang tentu mereka akan membangkang walau pun perkara yang dibuat oleh PR itu baik dan membawa menafaat kepada rakyat ramai.
Kita tidak hairan mungkin tidak lama lagi BN sendiri akan menganjurkan demonstrasi jalanan dinegeri yang diperintah oleh PR kerana nak menunjukkan rakyat menyebelahi mereka. Tapi mereka terpaksa mengeluarkan banyak dana untuk mengupah pendemonstrasi. Tapi kalau demonstrasi mereka akan menjadi kurang thrill nya kerana tak ada semburan air berkimia dan gas pemedih mata.

Tanpa Nama berkata...

Jika lembu dipegang talinya, jika manusia dipegang janjinya. Penganjur demonstrasi berjanji 'demonstrasi aman' Malangnya penguasa yang berikrar untuk menjaga keselamatan atas nama diraja tiba semua jadi lintang pukang. Siapa LEMBU? Siapa MANUSIA?

Tanpa Nama berkata...

BN sebenarnya dah lama faham, tapi buat-buat tak faham.....sifat orang bodoh sombong...