23 Ogos 2009

Undi Hantu: Khairy cuba ancam pengundi luar

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar pagi tadi meminta pengundi luar tidak takut dengan ancaman 'pengundi hantu' yang digembar-gemburkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sejak semalam.

Sebalinya, Mahfuz meminta Khairy membuktikan secara profesional serta membuat laporan polis atas dakwaan - ada 'pengundi hantu' PAS dipindahkan dari kawasan DAP ke N11 Permatang Pasir dengan menggunakan orang dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kepada semua pengundi berdaftar khususnya (pengundi) luar, mereka tidak perlu takut balik mengundi 25 Ogos ini. Mereka tidak perlu takut ancaman (Khairy) seolah-olah mereka ini pengundi hantu."

"Pengundi hantu ini tuan-tuan saya nak maklumkan ialah orang lain yang membuang undi bagi nama yang tercatit (secara rasmi) dalam daftar pemilih (yang dikeluarkan SPR). Kalau mereka yang sah ada nama dalam daftar pemilih, itu bukan pengundi hantu."

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena tidak menolak kemungkinan bahawa ancaman Khairy itu bertujuan untuk mencaturkan lebih 1000 'pengundi hantu' Umno BN pada Hari Pembuangan Undi 25 Ogos depan, apabila mendapati ramai pengundi luar tidak turun mengundi di sebelah petangnya.

"Inilah (strategi pengundi hantu) yang akan dibuat Khairy. Saya percaya (iaitu) sejumlah pengundi yang sebelum ini tidak turun mengundi dua (atau) tiga pilihanraya (Permatang Pasir) lalu sudah dikenal pasti (oleh UMNO) nama-nama mereka (berdasarkan senarai daftar pemulih)."

"Maka, nama-nama terbabit yang lebih kurang 1000 itu akan diundi oleh 'pengundi hantu' Umno sendiri Selasa depan, dengan mereka sendiri menyediakan kad pengenalan yang baru kepada yang terbabit."

Tambahnya lagi, UMNO BNlah yang menggunakan 'pengundi hantu' demi memenangkan calon-calon mereka di peringkat Parlimen dan Dun sebelum ini.

"Dalam kes undi hantu di Likas (pada tahun) 1999, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang sendiri memutuskan kemenangan Adun BN tidak sah di Dun itu; dan daftar pemilih yang dikeluarkan SPR (pada tahun) 1998 juga adalah palsu."

Mahfuz berharap majikan dapat memberikan kelonggaran cuti bergaji kepada para pengundi berdaftar yang turun mengundi kelak.

HarakahDaily.Net/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sudahla khairy...
awk tu jangan menyorok belakang jari telunjuk...
dah banyak kali UMNO/BN buat keje ni semua..
jangan menuduh orang lain..
bagi bukti, tangkap 'pengundi hantu tu..
umum kat berita harian...takpn dalam TV1 n TV3..
setakat nk bagi ancaman kat orang..
cermin diri tu sendiri..

member pencen keramat berkata...

Kenapa sebok dengan pengundi hantu pula? dulu depa kata tak ada pengundi hantu, kalau dah nak kalah tu macam2 depa boleh rasa, depa tak sedar depa yang mencifta pengundi hantu,

Tanpa Nama berkata...

khairy dan SPR adalah hantu UBN.....