AF Ust Azizan Desa menyerahkan sumbangan sebanyak RM33,000 dari dewan ulama PAS Negeri Perak.
Dewan Pemuda PAS Negeri menyerahkan sumbangan sebanyak RM5500. Wakil Dewan Pemuda PAS Gopeng, Sdr Zaizi sedang menyampikan derma RM2,600
Ipoh, 15 Sept 09: Masyarakat Islam di sekitar bandaraya Ipoh telah datang berpusu-pusu ke Dewan Bandaran Ipoh malam tadi selepas solat terawih kerana mahu mendengar perkembangan Palestin daripada mantan imam Masjidil Aqsa, Dr Shaikh Muhammad Mahmoud As-Siyyam.
Majlis tersebut adalah dibawah anjuran badan NGO Islam yang berpusat di Ibu Negara, Muslim Care. Menurut jurucakap badan tersebut, surat jemputan kepada badan-badan politik Islam telah disampaikan, namun yang hadir hanyalah pemimpin-pemimpin daripada PAS dan PKR sahaja.
Dr Muhammad menerangkan bahawa rakyat Palestin kini terbahagi kepada dua kumpulan; pertama kumpulan Sekular, dan yang kedua kumpulan Islam. “Kumpulan Islam yang dikenali dengan Hamas kini menjadi sasaran serangan Zionis Israel setelah mereka gagal menghapuskan perjuangan Hamas dengan harta benda dan sekatan ekonomi”, katanya.
Menurutnya, pada mulanya Yahudi menyangka Hammas adalah seperti askar-askar Arab yang lain yang mudah di kalahkan dalam beberapa hari sahaja. Mereka berputus asa lalu berundur dari Gaza dan tidak masuk hingga ke hari ini lagi.
Yahudi terpaksa menggunakan segala kekuataan ketenteraan yang ada pada mereka dengan sokongan dan bantuan Amerika.
Di laut, mereka gunakan kapal perang, di udara mereka gunakan kapal terbang dan di darat mereka gunakan kereta kebal.
Mereka menyerang dan memusnahkan hospital, rumah-rumah kediaman awam dan sekolah-sekolah menyebabkan banyak nyawa yang terkorban dan tercedera. “ Namun, kami akan terus mempertahankan Negara kami. Kami tidak akan lari meninggalkannya,” jelasnya lagi dengan penuh semangat.
“Kami latih dan mempersiapkan setiap anak-anak muda kami untuk menjadi pejuang. Kami hantar mereka mengaji Quran di sekolah-sekolah, dirumah-rumah dan dimana-mana sahaja mereka berada,” katanya.
Bercakap tentang Obama, Shaikh Dr berkata, “Tiada bezanya antara Obama dan Bush.Bezanya hanyalah seperti adanya kereta hitam, kereta putih, kereta merah dan umpamanya. Obama menghalang penyaluran bantuan kepada Palestin dengan menekan negara Mesir.” “Tiada bezanya ; Obama sama seperti Bush , mereka membunuh ummat Islam dengan kejam,” katanya.
Pada malam tersebut turut dilancarkan kutipan kilat derma Bersamamu Palestin, dimana lebih 5 ribu ringgit telah berjaya dikumpulkan. Diakhir majlis tersebut, beliau kelihatan begitu gembira dan terharu bila menerima beberapa sumbangan derma untuk perjuangan Palestin daripada orang ramai dan beberapa badan setempat.
1 ulasan:
pemimpin negara umat islam seperti malaysia tidak memberi bantuan yang sewajarnya......
Catat Ulasan