19 September 2009

YDP Lenggong di kem Cina

Email Oleh : khairul azman sakri
Oleh Mohd Syamil Azhar.


LENGGONG: Jemputan masyarakat Cina Kampung Baru Air Kala, Kampung Baru Selat Pagar dan Kampung Baru Padang Gerus yang dipenuhi Yang Dipertua Pas Lenggong, Razman Zakaria baru-baru ini berjaya mengusahakan pendaftaran lebih 70 bakal pengundi baru.

Program bermula jam 1 petang hingga jam 4 petang itu juga berjaya mengumpul ramai penduduk dari ketiga-tiga penempatan yang menempatkan ribuan pengundi itu, yang memberikan sambutan menggalakkan terhadap kehadiran Razman.

Walaupun dalam bulan Ramadan, Razman tetap menghadiri perjumpaan muhibbah itu yang dijemput sendiri oleh masyarakat Cina.

"Walaupun dalam bulan Ramadan dan dijemput pada waktu siang, saya hadiri dan ternyata mereka memberikan sambutan menggalakkan.

"Beberapa aktiviti kita adakan sempena program muhibbah itu termasuk mendaftar pengundi-pengundi baru dan kita yakin mereka akan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Razman yang memenuhi program sepanjang Ramadan ini dengan menziarahi cawangan-cawangan, tidak berehat panjang kerana pada sebelah malamnya pula telah bergegas ke Masjid Kampung Banggol Batu, di mana beliau telah mengimamkan solat Tarawih serta menyampaikan tazkirah kepada ahli kariah masjid berkenaan.

Malam itu, katanya beliau terpaksa memendekkan tazkirah kerana memenuhi jemputan DAP Air Kata untuk majlis suai kenal dengan masyarakat Cina di penempatan berkenaan yang belum mengenalinya lebih dekat sebagai YDP Pas Lenggong yang baru.

Tamat.

1 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

Kami warga ERA PASCA ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua pembaca blog ini... DAN....

Walauapepun....

Ampun maaf daripada kami andai...

TERkasar bahasa
TERsilap pukul
TERambil barang
TER'pau' duit
semua TER2 yang lain

Ikhlas dari kami warga Era Pasca:
Naruto Sensei & baginda®