19 September 2009

Kemeriahan Berbelanja Menjelang Aidilfitri

Oleh : Mr. President

Seorang peraih sedang melayan pelanggannya unutk membeli sayur-sayuran

Aidilfitri bakal menjelang dalam sehari dua lagi. Seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak melepaskan peluang mengadakan persiapan menyambutnya. Berbagai kaedah dibuat mengikut kemampuan diri dan keluarga masing-masing. Tua muda, miskin kaya, kecik besar, semuanya bergembira menyambut hari raya yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam di dunia.

Pagi tadi saya sempat menjeguk kemeriahan menjelang raya di Pasar Minggu Kuala Balah, di Jajahan Jeli, Kelantan. Persiapan raya di saat akhir ini begitu meriah sekali. Penduduk di sekitar Pekan Kuala Balah membanjiri pasar minggu ini untuk membeli kelengkapan harian dan persiapan menjelang aidilfitri nanti.

Pelbagai gelagat pengungjung, dan celoteh para penjual yang mempromosikan barang jualan mereka. Dari lauk-pauk, sayur-sayuran, pakaian, sehinggalah kepada perkasaan rumah dijual di sini. Suasana pasar pagi ini sungguh meriah, ditambah lagi kepada para perantau yang bekerja di rantauan orang telah mulai kembali ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya di desa.

"Pilih kak, pilih selipar tu....comel-comel belako"ujar penjual selipar.

Tidak kurang juga ada ibubapa yang membawa anak-anak meraka untuk membeli pakaian baru untuk dipakai pada pagi raya nanti. Hmmm...mungkin lasa-last minit ni, harganya murak agaknya.

Jualan pada hari ini sungguh laris. Ayam, ikan, daging, sudah hampir habis. Permintaan hari ini sungguh menggalakkan. Mengikut seorang penjual daging, pada pagi ini sahaja sehingga jam 9.30 pagi, sudah 3 ekor lembu habis dijual dan beliau bercadang untuk menyembelih lagi 2,3 ekor lembu atas permintaan yang tinggi terhadap daging.

Seorang pemboroang ayam memeberitahu saya bahawa ayamnya di ladanag telah kehabisan stok. Beliau terpaksa menyembelih ayam yang saiznya agak sederhana besar untuk dijual kerana semua ayam-ayam yang besar telah habis disembelih dan dijual.

Orang ramai mengerumuni gerai daging, ayam dan ikan.

Apapun, berjimat cermatlah dalam berbelanja. Jangan membazir ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tunjukkan juga kemeriahan berbelanja UMNO/BN untuk plihanraya Bagan Pinang.... belanja sakan nampaknya, rasuah politik yang ditutup SPRM