09 September 2009

Jejak saudara kandung : Man bin Puteh bin Kamaruddin


Pagi ini pejabat ADUN Titi Serong dikunjungi oleh seorang Lelaki yang telah berada dipenghujung usia bernama MAN BIN PUTIH (77 tahun). Beliau mengadu mengenai kehidupan sebatang kara dan memerlukan bantuan dari pihak yang berwajib.

Disamping itu beliau sudi untuk diambil gambarnya dan memberi kebenaran kepada kami untuk menyiar kan sedikit biodata yang diingatinya bagi menjejaki saudara kandung yang masih mengenalinya.

Man bin Puteh dilahirkan di Sungai Dungun Bagan Serai hasil perkogsian hidup bapanya dengan ibu kandung bernama Sairah bt. Hj. Salam. Katanya ia sudah lama berpisah dengan ibunya dan Ayah kandung bernama PUTEH BIN KAMARUDDIN yang meninggal sekitar 20 tahun lepas. Menurutnya ayahnya meninggal di Selingsing Bagan Serai yang juga imam mesjid selingsing

Menyingkap kehidupan sebatang karanya, beliau sebelum ini menumpang selama 20 tahun disebidang tanah pada alamat : No 19, Jalan Syarikat, Kuala Bagan Tiang yang terletak dalam DUN Titi Serong. Perkongsian hidup selama 20 tahun lebih yang tidak memiliki zuriat, sekitar setahun yang lepas isteri tercintanya meninggal dunia dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bagan Tiang.

Pada masa sekarang ia telah berpindah dari alamat diatas sejak 2 bulan lepas dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sejak seminggu ini dia tinggal sementara di Surau Parit Hj. Amin.

Menceritakan pengalaman selama dua bulan ini sempat ia mengikuti sebuah pertubuhan dakwah dan sempat mengikutinya selama tiga hari, tambahnya " saya tak tahan makan dalam satu talam". namun saya mencelah "baguslah itu macan cara sunnah ".

Beliau juga menyatakan minatnya untuk memasuki mana-mana pusat pengajian pondok bagi menghabiskan sisa usianya. sekiranya ada yang sanggup membiayainya.

Bagi sesiapa yang mengenali atau merasakan mempunyai hubungan dengan Man bin Putih dharapkan menghubungi Pejabat ADUN Titi Serong di Taman Wawasan Parit Buntar atau menalifon no 05-7165340 / 019-5759697.

4 ulasan:

Adam berkata...

Sedihnya...

mus berkata...

YB, sekiranya usaha YG untuk mencari keluarga En Man tidak berjaya, apa kata kita jadikan beliau anak angkat DUN Titi Serong saja. YB bolehlah lancarkan satu tabung derma untuk sesiapa yang berhajat memberi sumbangan.

Tanpa Nama berkata...

Salam kebajikan YB.Syukur jua sudi apalah kira nya kalau pak cik ini didaftarkan di Pejabat Kebajikan Daerah Kerian,Parit Buntar agar beliau ditempatkan dimana mana Rumah Seri Kenangan utk warga tua tak berwaris.Bersesuaian dgn peringkat umur nya kemudahan utk beribadah lengkap disediakan oleh pihak berwajib.Semarak Ramadhan dlm menggapai hasrat menemui LailatulQadar! Nona Ratana Chulaborn.

hpa4online berkata...

elok htr ke pondok dikelantan. biaya bulanan bukan besar mana mungkin rm200.oo sebulan saja

http://hpa4online.com