09 September 2009

Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada Mustafa Ali

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.

Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.

Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis.
(Gambar: Inilah aksi ketika Mustafa ditahan dahulu. Kerajaan setuju bayar gantirugi kepada Mustafa kerana kejadian ini)

Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.

Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.

Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.

"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.

Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.

Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.

Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.

Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis

17 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah. duit raya!

Tanpa Nama berkata...

Hari ini Polis tidak perlu guna gelaran DiRaja Malaysia tapi lebih baik guna gelaran Polis Umno/BM = Sebagai pesara saya malu mengaku sebagai pesara polis

Tanpa Nama berkata...

kepala dah buruk ekor pun ikut buruk

Cik Naufar berkata...

betul tu..
tak mencerminkan identiti polis langsung..

Tanpa Nama berkata...

polis la ni memang teruk, dah macam filem Hindustan, ada polis jadi geng jahat, sebab menteri dia pon jahat, Cubalah Tengok Crita Hindustan.... Inspektor Sahab.....

Tanpa Nama berkata...

polis hindustan.....

Tanpa Nama berkata...

polis Hindustan

Tanpa Nama berkata...

polis hindustan

peminat hindustan berkata...

macam polis hindustan

Cinta Al-Aqsa berkata...

haha. memang polis hindustan

Tanpa Nama berkata...

YB,Kalau mcm ni tak merasa lah org gomen nak dpt bonus tahun ni.Duit habih nak kena bayar saman kerajaan. Ini lah gara gara tak cermat dan berhemah dlm menjalankan amanah dan tanggongjawab. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya berapa kerajaan kena bayar kerana menahan orang dibawah akta ISA selam tujuh tahun.Kesalahan yang tidak pernah dilakukan keadilan.Dan saya rasa kerajaan tidak rugi yang rugi duit rakyat.Umno menghabiskan berbillion ringgit dengan projek yang dananya besar tetapi hasilnya sedikit.Cukai dikutip daripada segala sumber.Rakyat miskin tidak terbela.

maznah berkata...

Hidup Pas. Semoga menang d Bagan Pinang

zen_P-69 berkata...

KERA'JAAN MEMANG TAK RASA APA-APA PUN. DUIT TU, DUIT DARI SUMBER/HASIL NEGARA DAN KERINGAT RAKYAT...
JANJI MATLAMAT BE-END & UMum-NO NI TERCAPAI, IAITU MENUTUP MULUT PEMBANGKANG KHUSUSNYA SUARA RAKYAT... "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"

zen_P-69 berkata...

KERA;JAAN TAK RASA APA-APA PUN.... DUIT TU ADALAH SUMBER NEGARA DAN HASIL CUKAI RAKYAT YANG DISALAH GUNAKAN OLEH UMum-NO DAN PUAK-PUAK BE-END. TANGKAP SINI, HERIT SANA, ADALAH MAINAN MEREKA. OBJEKTIF MEREKA ADALAH INGINKAN PEMBANGKANG SENYAP DAN MENAKUTKAN RAKYAT BERSUARA... MATLAMAT MENHALALKAN CARA........

ibrahim berkata...

YB, pada saya kerajaan sepatutnya tidak boleh beralah dalam kes ini untuk justify gantirugi yang dibayar kepada dato' Mustafa. biarlah mahkamah menentukan supaya kerajaan membayar gantirugi daripada membuat penyelesaian diluar mahkamah. ini bukan lah kes yang membabitkan individu tetapi kerajaan yang rakyat adalah pembayar cukai. jadi bagi saya jika mahkamah ynag menentukannya setelah pejabat peguam negara berhempas pulas membuktikan yang penjawat awam itu tak bersalah baru lah bayran ganti rugi itu justify. tapi dalam keadaan ini pembayaran yang menggunakan duit rakyat adalah bathil.

adaman berkata...

IMIGRRESEN TAHAN 116 WARGA INDIA , SRI LANGKA DI SEBUAH KONDOMINIUM - bernama

JOHOR BAHRU 8 Sept. — Jabatan Imigresen hari ini menahan 116 warga India dan Sri Lanka di sebuah kondominium mewah di Jalan Abdul Samad, di sini, dipercayai dijadikan pusat transit untuk menyeludup mereka keluar ke Indonesia seterusnya ke Australia.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Muhammad Ali Abdullah berkata, kesemua mereka yang berumur antara tujuh bulan dan 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.00 tengah hari selepas Jabatan Imigresen mendapat maklumat dari polis.

“Terdapat lebih 20 bilik yang didiami warga asing ini yang dipercayai disewa oleh ejen penyeludupan. Dipercayai ada tiga ejen yang turut tinggal di kondominium berkenaan, bagaimanapun, berjaya melarikan diri ketika serbuan dibuat,” katanya kepada pemberita.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

woit… 116 ORANG DALAM SATU FLET… kah kah kah…

kah kah kah…INI MESTI TIDOOR BERDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah… BERAK BUNGKUS BALING KE LUAR…kah kah kah...

kah kah kah... MANDI PAKAI AYER LUDAH... kah kah kah

woit….ADA PELIK SIKIT BERITA INI …. APA DIA ?... kah kah kah…