11 September 2009

PAKATAN RAKYAT PERAK, TERUS MENGANGKAT PERJUANGAN RAKYAT- PERSURUHJAYA PAS PERAK

Oleh : mohd hafez sabri

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa, Pakatan Rakyat adalah wadah perjuangan rakyat demi meleraikan rantai yang mencengkam rakyat sejak lebih 52 tahun lalu dibawah cengkaman umno/bn, ini kerana pakatan rakyat membawa suara rakyat dalam memastikan rakyat Malaysia dapat mengecapi kebahagiaan sebagai rakyat bebas dari segala kezaliman dan penipuan pemerintahan

Gabungan tiga parti utama dalam Pakatan Rakyat adalah perjuangan untuk membela rakyat dari diancam segala kezaliman pemerintahan umno/bn selama ini, ini kerana pakatan rakyat menjulang tinggi harapan rakyat dalam membawa Malaysia ke arah negara yang lebih aman dan cemerlang di mata dunia. PAS, PKR dan DAP, mempunyai matlamat yang sama iaitu menumbangkan kezaliman umno/bn yang sememangnya tidak mampu lagi mentadbir negara ini dengan baik, jelas beliau.

Sepanjang tempoh Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/Perikatan dan kemudiannya UMNO/BN, berjuta billion wang rakyat dan harta negara telah terlepas atau sengaja dilepaskan, tergadai atau digadaikan, terjual dan dijual kepada bangsa dan negara asing. Pemimpin UMNO dan sekutunya telah jelas memperlekeh dan meremehkan segala kepercayaan dan pengharapan yang telah disandarkan oleh rakyat kepada mereka selama ini, jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mempersoalkan beberapa isu penting bagi rakyat sebagai sandaran rakyat untuk menjamin kebahagiaan kehidupan mereka telah diabikan oleh umno/bn, beliau mengeluarkan beberapa bukti yang boleh dilihat oleh semua rakyat,

Pesuruhjaya PAS perak itu menyatakan kepimpinan umno/bn sekarang adalah kepimpinan yang rata-rata tidak berwibawa, tiada integriti, tiada moral, tiada keikhlasan. sebaliknya mereka sudah parah dan teruk teramat teruk kerana terpalit dengan rasuah, pecah amanah, salahlaku seks, moral dan berbagai lagi. cuma yang ada pada mereka bagaimana eksploitkan makna modal insan, integriti, wibawa, moral dan keikhlasan itu benar-benar menyebelahi mereka.

beliau juga mempersoalkan isu pecah amanah: pecah amanah dalam menjaga harta dan wang rakyat para pemimpin umno/bn terlibat seperti kes permit teksi ap sdan lain-lainlagi.

beliau juga membangkitkan isu rasuah kehakiman yang mana para pemimpin umno/bn bersekongkol dan terlibat dalam kes 'rasuah kehakiman' dalam kes 'pita lingam dijadikan sebagai contoh rasuah umno dalam sistem kehakiman.

isu barangan asas rakyat juga, pemimpin umno/bn tidak serius mengatasi bebanan hidup rakyat akibat kenaikan harga keperluan asas seperti petrol, gas, tepong, gula dan lain-lain yang selama ini sangat membebankan rakyat.

oleh yang demikian Pesuruhjaya PAS Perak, menyeru seluruh rakyat perak, agar bersama-sama pakatan rakyat perak bagi memastikan kemenangan berpihak kepada rakyat sekaligus menumbangkan kezaliman umno/bn yang sudah lama bertapak selama ini.


3 ulasan:

dol kakirempit berkata...

Salam YB
Jgnlah kita smua buta sjarah. Pas ni asalnya dari Umno, hasil drpd glongan yg desprados. Ini hakikat. Bgitu jga Kedilan... hasil dr gologan yg xcited utk mnjadi pminpin negara. Maka mtkhir ini lahirlah Pr.

Hmpir 52 thn rakyat ngara ini hidup aman damai dibawah krjaaan Bn shigga simamat tu ditndang dn trtubuh Kedilan. Smnjak itu lhirlah puak2 yg suka trjrit pkik di jalann. Brkmpul llaki/prmpuan tanpa kira btsan agama dan kaum. Tnpa mgira halal/hram prbutan itu.

.... kolum kcik, tkleh nk tlis pjg. Ckup la jika di dktakan puak ni hnya pandai mncari kslahan dn prbzaan. Tdk sperti Umno yg mahu mncari titk kebnran dn persmaan. Marilah kita sama2 brstu smula di bawah pyung Umno demi agama dn bngsa.

Tanpa Nama berkata...

lantak ko la dol kakirempit...
mls aku nk lyn orang camne...

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat perak, pakatan harus perintah malaysia PRU13... insyaallah