11 September 2009

Penduduk Seksyen 23 terima cadangan tapak baru kuil

Jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pemindahan kuil Hindu - menerima tapak baru yang dicadangkan oleh kerajaan Selangor, kata seorang ahli jawatankuasa tersebut, Ramzi Ramli.

“Apabila kami dapati tapak (baru) yang diumumkan itu bersebelahan kilang (elektronik) Nitto Denko, setelah berbincang, kami bersetuju dengan cadangan itu.

“Jadi, kami berharap, persatuan kuil (Hindu) Seksyen 19 menerima tapak baru yang dicadangkan menteri besar Selangor ini,” kata Ramzi.

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa bertindak itu hanya akan dibubarkan selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengumum rasmi mengenainya.

“Buat masa ini, kami meneruskan perjuangan rakan-rakan (yang didakwa di mahkamah), selagi tapak (baru) itu belum disahkan. Ini hanya cadangan menteri besar, sehingga diluluskan kerajaan negeri, barulah kami bubarkan jawatankuasa bertindak ini,” tambahnya.

Ketika ditemui Malaysiakini di komplek Mahkamah Shah Alam, Zamri berkata, pihaknya mendapati tapak baru itu sesuai kerana jauh dari kawasan perumahan.

Sehubungan itu, tambahnya, mereka menerima cadangan menteri besar itu dan berharap masyarakat India turut sama menerima cadangan tersebut.

Ramzi berkata beliau dan kira-kira 50 penduduk Seksyen 23 hadir mengikuti perbicaraan di mahkamah sebut.

Dua belas orang ke mahkamah hari ini berhubung perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.

Dtanya sama ada pendakwaan terhadap 12 pendemo yang membantah cadangan kerajaan negeri itu menyebabkan semangat mereka sejuk, Ramzi menjawab:

“Setelah sesi dialog bersama kepimpinan kerajaan negeri, baru kami melihat pendekatan kerajaan negeri hendak bersama-sama penduduk.”

Mengakui terdapat perbalahan dalam perbincangan Sabtu lalu, beliau berkata hubungan masyarakat Melayu-India di kawasan itu tidak terjejas.

“Saya tidak salahkan 48 orang India yang menyokong (pembinaan kuil). Kalau tanya saya pasal masjid pun, takkan kami bantah,” katanya.

Ramzi juga berkata, pihaknya bersyukur dengan cadangan tapak baru itu dan menyifatkannya sebagai “berkat bulan Ramadan”.

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa bertindak tersebut, Shahril Mohd Nor pula berharap, masyarakat India menerima cadangan baru kerajaan negeri bagi menyelesaikan kes kontroversi itu segera.

Apabila perkara ini selesai, beliau berharap laporan polis yang dibuat terhadap pendemo Sabtu lalu, akan ditarik balik.

MalaysiaKini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"SETELAH DIALOG DGN KRJAAN NEGERI BARU KAMI TAHU KRJAAN NEG SENTIASA BERSAMA PENDUDUK"
-minda dah diasuh Umno 50 tahun, kerajaan tidak pernah dialog degn rakyat, dan takut bersemuka dgn rakyat..

Tanpa Nama berkata...

yang terima penduduk, yang tak terima UMNO penghasut....