18 September 2009

Salam Idulfitri, Maaf Zahir dan Batin

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Terlalu cepat masa berlalu, Ramadhan semakin penghujung dan semakin mahu meninggalkan umat Islam. Walaupun kita bersedih untuk berpisah dengannya, ia tetap akan pergi meninggalkan kita. Beruntunglah mereka yang boleh berjaya memanfaatkan Ramadhan siang dan malamnya. Rugilah mereka yang gagal memanfaatkannya dengan pelbagai alasan kerana tiada jamin kita boleh bertemu lagi Ramadhan akan datang.

Sijil Taqwa yang akan Allah berikan kepada umat Islam, tentu terhad. Yang pasti mereka yang tahu dan mahu memanfaatkan Ramadhan. Sijil Taqwa diberikan kepada mereka yang berjaya menempuh segala ujian sepanjang bulan Ramadhan. Sijil Taqwa sudah pasti tidak akan diberi kepada mereka yang terus mengekalkan dosa basah, dosa kering walaupun pada zahir mereka berpuasa. Dosa mengumpat, dosa fitnah, dosa menyebarkannya, dan dosa melaga-lagakan satu golongan dengan golongan lain.

Walau apapun kita tetap mahu merayakan Idulfitri (sebutan yang betul), mahu bergembira dan bersuka ria. Kita sudah diharamkan berpuasa pada 1 Syawal. Jadi, kita perlu menyambut hari raya walaupun dalam keadaan biasa. Kita perlu beraya walaupun hakikatnya kita belum dianggap berjaya oleh Allah. Bertaubatlah dan berdoalah semoga kita terus dirahmatinya. Pada masa yang sama ucaplah tahniah kepada rakan yang lain dengan anggapan mereka berjaya. Nanti mereka juga akan lakukan terhadap anda. Semoga Allah terima.

Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Idulfitri, maaf zahir dan batin, semoga setiap tahun anda dalam keadaan kebaikan. Bagi yang akan balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan semasa beraya.

Terima kasih daun keladi,
Untuk rakan dan teman yang baik hati
Sepanjang perjalanan pulang jagalah diri,
Supaya terhasil hari raya idulfitri yang dinanti.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ustaz,
salam puasa dan hari raya, merujuk kpd akhbar
hari ini mengenai saudari kartika tentang apa
yg dialami dr tekanan2 pihak yg tidak bermoral
dan tidak menghurmati kebebasan beragama.saya
menyeru kpd ustaz tubuh satu pasukan blog bagi
melondehkan manusia durjana itu yg cuba mmelara
ng kebenaran dan menegah kebaikan. seolan nya
mana mufti perak harsani tidak membila rakyat
nya yg di cerubuhi dari segi agama.

Tanpa Nama berkata...

BAGAIMANA CARA YANG BETUL UNTUK KITA BERSALAM DAN BERMAAF-MAAFAN DENGAN IBUBAPA ,SAUDARAMARA DAN RAKAN TAULAN DIHARI AIDIL FITRI INI? MINTA YB HURAIKAN

Tanpa Nama berkata...

Drs,Ibarat menduduki peperiksaan akhir kita mendambakan kejayaan yg cemerlang dr madrasah Ramadhan.Persis lambaian tawaf widak tika mengucapkan selamat tinggal pd Baitullah, sanubari sayu disenggayuti gusar pilu bimbang peluang tak berulang.Begitu jua dgn bulan berkat ini sempat kah ia kita temui di tahun mendatang...InsyaALlah.Salam Lebaran buat YB sefamili serta petugas dikantor YB. Nona Ratana Chulaborn.