Oleh : anuarani
Daripada Anas r.a berkata: Selepas Nabi s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman jahiliah. Lalu baginda bersabda, “Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman jahiliah, dan sesungguhnya Allah telah menggantikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya: hari raya korban dan eidul fitri”. (Hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa’ie) Hari Raya adalah ibadat. Bagaimanapun dalam keseronokan meraikannya ramai yang terlupa batasan yang ditetapkan oleh syarak.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZHAFARAN NASIB menemu bual Pegawai Agama Kem Kementah, Mejar Shukri Yahya bagi mengupas isu ini.
MEGA: Apakah maksud Eidul fitri?
SHUKRI: Eid itu bermaksud Hari Raya Fitrah sesuai dengan kewajipan umat Islam membayar zakat fitrah. Ia juga disebut sebagai hari kemenangan selepas sebulan berpuasa Ramadan melawan hawa nafsu. Kita menang sebab berjaya menunaikan perintah Allah.
Ia juga adalah hari kita kembali kepada fitrah di mana dosa diampunkan oleh Allah. Sebagai manusia kita kembali kepada fitrah iaitu suka kepada kebaikan dan kebajikan serta benci kepada kejahatan dan maksiat.
Pendek kata, ia adalah ibadat. Maka, sebagai umat Islam hendaklah kita menggunakan hari raya ini sebagai hari untuk membesarkan Allah. Ini dijelaskan dalam al-Quran: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah: 185)
Kalau begitu, bagaimanakah seharusnya kita menyambut Hari Raya ini?
SHUKRI: Hari Raya Aidilfitri ini bermula pada waktu maghrib malam 1 Syawal. Antara ibadat sunat yang dianjurkan oleh Islam ialah bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Allah.
Selain itu, kita perlu menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti zikir, solat, tilawah al-Quran dan beristighfar.
Sebenarnya, menghidupkan malam raya dengan amal ibadat ini diberi ganjaran yang besar oleh Allah. Malangnya, mungkin disebabkan kekurangan ilmu, maka ada di kalangan umat Islam yang tidak menghidupkan malam raya ini dengan mengerjakan ibadat seperti yang disebutkan.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa yang bangun malam raya fitrah dan malam raya adha dengan mengharapkan pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati sekelian hati”. (riwayat Ibn Majah).
Pada pagi raya, kita hendaklah solat subuh berjemaah dan menyambung takbir raya.
Kemudian mandi sunat Hari Raya, memakai baju yang elok atau cantik dan memakai wangi-wangian. Disunatkan makan sedikit dahulu di rumah sebelum menunaikan solat aidilfitri.
Anas r.a. berkata, Adalah baginda s.a.w tidak beredar pada Hari Raya Fitrah hinggalah baginda makan beberapa biji tamar. (riwayat Bukhari)
Semasa dalam perjalanan, kita disunatkan bertakbir dan bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan orang yang dalam kesusahan. Bagi mereka yang belum membayar fitrah, inilah masa paling afdal berbuat demikian.
Selepas solat hari raya, hendaklah kita ziarah-menziarahi kaum keluarga dan jiran tetangga.
Tetapi ramai yang tidak bertakbir dan bertahmid pada malam raya kerana sibuk menukar langsir atau kerusi baru. Bagaimana membetulkan keadaan tersebut?
SHUKRI: Untuk membetulkan keadaan ini, kita hendaklah membuat persiapan awal. Maknanya, selesaikan kerja-kerja menghias rumah termasuklah menggantung langsir baru atau menyusun perabot baru lebih awal. Jangan tunggu sehingga malam raya.
Sebabnya, kita mahu menghidupkan malam raya dengan ibadat kepada Allah. Ini bukan pula bermaksud kita perlu bertakbir sepanjang malam.
Memadai jika kita berhimpun bersama keluarga dan bertakbir bermula daripada solat Maghrib hingga Isyak.
Selain itu, kita boleh juga menghidupkan amalan bertakbir rumah ke rumah di kawasan kediaman kita. Selain mendapat pahala kita juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran.
Hari Raya adalah hari mulia. Namun apakah batas-batas yang perlu dijaga semasa meraikannya untuk mengelak kemuliaannya dicemari?
SHUKRI: Hari Raya adalah hari kebesaran Islam untuk kita bergembira dalam suasana ibadat. Bagaimanapun, jangan kita jadikan Hari Raya sebagai tiket menghalalkan apa sahaja. Kita kena jaga batasan yang ditetapkan oleh Islam.
Kita perlu menjaga adab bertamu ke rumah orang, masuk dengan ucapan salam dan menundukkan pandangan. Jangan terlampau ghairah melihat ke sana-sini.
Batas pergaulan dan aurat wajib dijaga. Jika yang datang itu lelaki bukan mahram, maka jangan pula si gadis bersalam dengannya atau pun membuka aurat.
Memadai hanya mengucap tahniah dan bermaaf-maafan tanpa bersalam. Rasulullah pun tidak pernah bersalam dengan wanita yang bukan mahram semasa baiah (membuat perjanjian).
Jangan pula timbul rasa bangga diri atau sombong kerana kita mempunyai kereta baru atau perabot yang baru.
Paling utama, hendaklah kita menjaga had atau batas dalam menikmati juadah hari raya. Jangan makan terlalu banyak. Ingatlah firman Allah, …makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-A’raf: 31)
Seperkara lagi, jangan pula kita dilalaikan dengan menyambut tetamu sehingga tidak menunaikan solat. Kalau kita beraya dan meninggalkan solat fardu maka kita melakukan maksiat dan ia tidak lagi menjadi ibadat.
Ada yang lebih suka menonton televisyen di rumah berbanding menziarahi keluarga. Apakah pandangan Islam dalam hal ini?
SHUKRI: Dalam Islam, Hari Raya Aidilfitri adalah sehari. Jadi amat rugi jika kita menghabiskannya dengan hanya menonton tv. Rancangan tv itu hari lain pun boleh kita tengok.
Lagipun bukan semua program tv pada hari raya sesuai ditonton pada hari yang mulai ini. Ini bukan pula bermakna kita tidak boleh berhibur pada hari raya.
Islam benarkan kita berhibur tetapi jangan sampai ia melalaikan. Umat Islam perlu memilih rancangan hiburan yang sesuai contohnya yang menyiarkan lagu-lagu raya tetapi filem atau rancangan yang lari daripada konsep hari raya tidak perlu ditonton.
Sepatutnya kita mengambil peluang hari raya untuk berziarah dan bermaaf-maafan. Bukan pula maknanya, hari raya sahaja masa untuk memohon maaf.
Cuma apabila pada hari lebaran ini kita dapat berkumpul beramai-ramai dengan sanak saudara maka ia seolah-olah menjadi masa paling sesuai bermaafan.
Bermaafan ini adalah sifat orang yang bertakwa. Malah Rasulullah juga adalah sangat pemaaf walaupun kepada kaum kafir Quraisy yang sentiasa menyakiti baginda.
Bagi anggota keselamatan seperti tentera, sudah tentu ada yang terpaksa bertugas di perbatasan pada Hari Raya. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kesedihan ini?
SHUKRI: Dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ada giliran bertugas. Mereka yang bertugas tahun ini barangkali bercuti pada hari raya lalu.
Dalam Hari Raya pun menjaga keselamatan negara adalah penting dan mesti diteruskan. Sebenarnya anggota tentera yang bertugas di perbatasan ini memikul amanah dalam suasana orang lain bergembira pada Hari Raya.
Bertugas mempertahan negara jika ikhlas akan mendapat ganjaran yang besar.
Bagi mengelak kesedihan, adakan aktiviti menyiapkan juadah Hari Raya secara sederhana di tempat bertugas. Elakkan bersendirian sehingga terlalu memikirkan isteri dan anak-anak.
Pegawai Pemerintah juga berperanan menyuntik semangat anak-anak buah agar turut bergembira walaupun berada di hutan, laut atau pun misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan