06 Oktober 2009

Drs. Khalil : 3 ADUN lompat khianati amanah rakyat.

ADUN Titi Serong bersama YDP PAS Kawasan Tapah sedang menyampaikan duit raya kepada lebih 300 orang kanak-kanak yang hadir.



TAPAH, 4 Okt. :- Masalah di Perak tidak boleh diselesaikan melainkan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kembali kerajaan dengan pembubaran DUN, Demian antara intipati ucapan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham dan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran PAS Kawasan Tapah yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Batu 33 disini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah YDP PAS Kawasan, Sdr. Abdul Rahim Noordin dan semua AJK PAS Kawasan yang lain lain. Selain itu hadir sama ialah Bekas Calon DUN Air Kuning, Dr. Ahmad Razi Othman(PAS), Bekas Calon Parlimen Tapah(PKR). Ketua dan penyokong Kelab Penyokong PAS kaum India dan Cina.

Dianggarkan lebih 1000 orang hadir dalam majlis tahunan anjuran PAS Kawasan Tapah itu.

Drs. Khalil berkata keadaan pentadbiran tidak menentu di Perak ujud sejak BN merampas Kuasa di Perak. "Tanggung jawab seorang ADUN yg dipilih oleh rakyat amat besar dan menjadi rosak bila terdapat 3 ADUN Perak yang mengkhianati amanah itu" katanya.

Kaum Tionghua juga tidak melepaskan peluang untuk hadir dalam jamuan tersebut.

Drs. Khalil menyampaikan sijil keahlian kepada 3 cawangan PAS.


"Manusia dijadikan oleh Allah berasal dari seorang Ibu dan ayah dan dijadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Islam juga menganjurkan semagat toleransi agama yang tinggi namun sejak sekian lama dinafikan oleh pemimpin BN. Padam hakikatnya mereka ingin menghalang orang Cina dan India untuk menyokong PAS, akhirnya mereka secara tidak langsung memburukkan PAS kerana PAS berjuang atas dasar Islam" Ucap Drs. Khalil dengan diselang seli dengan Bahasa mandarin.

ADUN Titi Serong tersebut sangat optimis dengan sokongan rakyat Perak yang telah membawa politik baru iaitu dalam keadaan toleransi agama yang tinggi. Pada masa sekarang mereka sangat menghoormati budaya dan agama masing, yang lebih penting meraka sudah tidak takut kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Yb,

Takkan tak de video ucapan YB lain kali letak ler nak juga tgk Yb cakap Cina.

jull berkata...

DSAI yang mempromosi acara lompatan ni...tak gitu....sekarang nak kata sapa lagi....sendiri buat sendiri tanggung la...jangan sedap cakap kat orang lain...takkan tak ingat kot...sampai pakat ikut ke Taiwan dsb nak 'beli' orang lain...tak gitu

Tanpa Nama berkata...

Keluar tajuk skit ni YB.

Saya puji la cara YB berpakaian rasmi.

Baju melayu, sampin dan songkok-inilah etikanya.

Kalau pakai baju melayu, sampin pastu pakai lebai(kopiah)-ini tidak betul dari segi etika baju kebangsaan (macam pengacara, pengapit YB), bahkan pakai pula vest-mmg tak cantik.

Kalau YB ingin lebih berketrampilan, karisma dan indah, elok pakai songkok yang bahagian atas ditepi songkok ada naik sikit.

Butang baju melayu, kalau di Perak tradisinya empat butang sahaja, bukan lima, 2 di atas dan 2 di bawah.

Disebabkan YB berkulit cerah, YB boleh mengenakan baju melayu warna gelap sedikit, seperti merah hati, coklat gelap, biru gelap, kelabu gelap dan sebagainya.

Apabila kita memakai baju melayu, elok dikenakan kasut kulit berkilat-patern leather (jenis kulit yang tidak perlu di kiwi) ianya sememangnya berkilat. Kasut pula mesti jenis Slip On.Kalau tak tahu boleh refer www.shoes.com

Selamat mencuba.

Tanpa Nama berkata...

Kpd.jull:-
Nampaknya mike tak tau hakikat DSIB disingkir,
bukan melompat macam katak puru yang 3 bedul tu.
Yang 3 bedul tu penyangak,tak ngenang budi kepada
pengundi-pengundi.Kalau tak kerana pengundi-pengundi yang memilih haram tak merasa jadi ADUN.

hamid klang berkata...

kepada jull dan yg sekomplot dgnnya...
jgn diungkit tarikh 16 sept tu
benda tak berlaku

tapi ingatlah pengkhianatan diperak
bila adun2 yg memegang amanah
berpaling tadah
menjual maruah diri
menghancurkan harapan rakyat
adun2 durjana itu akan dilaknat
sepanjang hayat mereka

Gedong Lalang berkata...

Salam sejahtera pembaca budiman.

Kepada Juli
Sebenarnya Juli tidak faham bagaimana DSAI telah difitnah, diaibkan drngan mereka pertuduhan untuk menjatuhkan karear politik DSAI. Dan sekali lagi Umno/BN mereka pertuduhan baru tapi percayalah berkat doa rakyat Malaysia pertuduhan ini akan menemui kegagalan. Insya Allah.

Bagi saya tiga bedul yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan penyangak dan tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Perak. Mereka ini tak mengenang budi kepada ahli ahli parti yang bertungkus lumus bekerja serta pengundi pengundi yang memileh mereka sebagai ADUN. Mereka ini lebih mementingkan mata duitan daripada memberi khidmat kepada rakyat.

Adalah diharap mereka ini dapat bertanding dalam PRU 13 sebagai calon BN (jika terpileh) atau calon bebas untuk mengukur sejauh mana populariti masing masing.

Tanpa Nama berkata...

bagus lah dapat keluarkan orang-orang jahat dari pakatan rakyat, nanti insyaallah apabila perintah malaysia terdiri dari orang yang rekod bersih saja...

Tanpa Nama berkata...

buang buruk lah katakan, tak rugi apa-apa pun, kalau simpan bernanah dan menyakitkan...