Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.
Beliau mengulas dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS.
Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.
Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.
Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.
Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.
MalaysiaKini/-
7 ulasan:
Biasa le orang Bee end tak ade modal dia je yang baik pembangkang ni jahat pada hal dia lagi syatan.
Hebat...di serang tapi tak ada tanda serangan.
Timbalan ke Naib YB?
Salam yb
sebenarnya azez tu mungkin kena pukul..mungkin
cuma yang heran..ada satu lagi menteri yang terselamat kononnya...nampak sangat si umno ni dibenci oleh orang ramai..yang backing dia cuma mat rempit je..ala yang kibar bendera umno dan bee end atas motor tu..yang tak akan diambil tindakan tu..asal bukan bendera hijau le..he..he..bendera pun ada deskriminasi.jangankan orang..tak kelakar ke..dia takda bodygaurd ke..atau tak mampu bayar bodygaurd..duit rasuah banyak lagi ..tambah dengan duit untuk dibuat jamuan raya yang di taja tu..
dia tu gelap betul sebenarnya..macam bontot kuali je silap silap jadi budak hitam atau orang minyak.itu sebab tak nampak lebam ke..luka ke..
La ni..paper hari ni tunjukan dia berbalut kat leher macam anwar dulu jatuh kuda..leher dah le pendek..cuma nampak pembalut je..kesian dia..umno taknak anjurkan Pungutan derma ke nak bayar bil hospital budak hitam tu..
ASALAMOALAIKONG.
GENA MU AZEEZ SAPE JADI MACAM TU LASONG.KU INGAT KA MU GEMOK, MU KUAT.AKU KALO BADAN MACAM MU , DEMA TU KU KEPAK CELAK KETIAK KU. MU BUAT MALU OGHANG BALING ZEEZ O!KU NAK TANYA MU ZEEZ, BETO KA DEMA HANDAZ MU KAT TEKOK.MU SILAP. PATUT MU BAWA BODI GAD MASA GI BAGAN PINANG.RAMEI OGHANG BALING NAK IKOT KALAU MU AJAK.MU BAWAK SELI MAD DOK, WAHI,SIBI,UZTAZ BOK,HAZANG,PENDEK KATA HAD MANA DOK SEMBANG DI POKOK KETAPANG KEDEI MAMAK TU, MU AJAK MESTI DEMA IKOT.MAKAN PEREE SAPA TAK GI.KALO GITU MU SILAP BANYAK.WALAU BAGAIMANAPUNG KAMI DI BALING DOK DOA KAT MU SUPAYA CEPAT LEGA.SATU MALAYSIA SATU AZEEZ.
untuk menjadi pemimpin UMNO kena pandai bohong dan makan rasuah
Salam,
apa yang sy nak kongsi bersama ada 2 perkara wajib yg mesti berlaku semasa berjalannya PRK.
perkara pertama : semestinya akan ada individu/sekumpulan/cawangan akan keluar dari Pakatan Rakyat dan akan menyertai BN.
perasan x?
Kedua : semestinya akan ada Penyokong dari kalangan BN/jurufoto/wartawan di pukul oleh penyokong pakatan rakyat.
perasan x?
adakah ini kebetulan atau sudah di rancang...?
fikirlah kalian yg di berikan otak oleh Allah swt.
hanya Allahh sahaja yang mengetahui...
Catat Ulasan