06 Oktober 2009

ADUN Permatang Pasir rasmi Markas PAS Sungai Akar Larut.

YB. Hj. Salleh Man bergambar bersama pemimpin PAS Kawasan Larut dan Cawangan selepas pemotongan riben perasmian.

Oleh : Mie 86

BATU KURAU, 4 Okt.:- Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Permatang Pasir, YB. Hj. Salleh bin Man telah merasmikan Markas PAS Cawangan Sungai Akar, Batu Kurau, dibawah Parlimen Larut. Majlis tersebut telah bermula seawal jam 11.00 pagi dan para pengunjung dianggarkan seramai 1000 orang hadir. Majlis perasmian itu telah disempurnakan pada jam 12.00 tengah hari oleh tetamu kehormat itu.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian beliau mengharapkan setelah ujudnya markas tersebut PAS Cawangan Sungai Akar dapat bergerak dengan lebih aktif dalam semua aktiviti agar dapat menarik lebih ramai lagi ahli-ahli masyarakat di sini untuk menjadi ahli PAS.Dalam pada itu ADUN Permatang Pasir itu telah berpesan agar Jawatankuasa PAS Cawangan Sungai Akar bekerja lebih keras untuk memantapkan lagi jentera pentadbiran PAS di sini.

Kemuncak majlis perasmian ialah pemotongan ikatan riben banner Markaz PAS tersebut oleh YB. Hj. Salleh Man. Disamping itu satu jamuan makan tengahari sediakan dan solat Zohor berjamaah bersama diadakan sebelum semua yang hadir bersurai.

4 ulasan:

Manickam Nadeson berkata...

Hari Deepavali Tak ada cutikah?
apa kamu ini, macam ini kah seorang wakilrakyat
Pakatan Rakyat memberi informasi. Lain kali sesuatu info hendaklah tepat dan betul. Kepercayaan saya terhadap kamu sudah tidak ada lagi, saya juga taka akan terima kamu sebagai seorang wakil rakyat pakatanb Rakyat.
I think your are a fanatic


Jadual Cuti Umum 2010

Posted: 04 Oct 2009 07:37 PM PDT
Email : anuarani

National Public Holidays for Malaysia

14 February Chinese New Year
15 February Chinese New Year

26 February Prophet Muhammad’s Birthday

1 May Labour Day

27 May Wesak Day

5 Jun Birthday Celebration of Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

31 August National Day

10 September Hari Raya Puasa*
11 September Hari Raya Puasa*

16 November Hari Raya Haji*

7 December Maal Hijrah*

25 December Christmas

ZAMRI kecik's berkata...

Apa cerita kes MB Perak di Mahkamah Persekutuan semalam?

Tanpa Nama berkata...

gerakan islam boleh bergerak tanpa markas, kedai kopi dan bawah pokok tamar pun boleh jadi markas yang penting istiqamah

Hairul Aufa berkata...

Kepada Manickam Nadeson,
Baca ler senarai cuti sampai abis, jgn cepat menghukum.

Cuma YB,

Nuzul Quran dan Thaipusam tertinggal tarikhnya