03 Oktober 2009

Inkues Teoh: Pemilik DNA sudah meninggal dunia

Inkues kematian Teoh Beng Hock diberitahu hari ini bahawa DNA yang dikesan pada blazer dan talipinggang Teoh adalah milik Gopala Muniam.

DNA tersebut dikenalpasti oleh ahli kimia, Dr Dr Seah Lay Hong milik Gopala yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Dr Seah yang dipanggil semula memberi keterangan dalam inkues tersebut berkata pemindahan DNA itu mungkin berlaku ketika bedahsiasat ke atas Teoh dilakukan di Hospital Klang dalam keadaan yang sesak.

Gopala mati dalam satu kemalangan jalan raya dan DNAnya ditemui pada blazer Teoh.

Ia dikenalpasti selepas Dr Seah melakukan siasatan kali ketiga kerana dua siasatan sebelum itu, gagal mengenal pasti pemilik DNA berkenaan pada talipinggang dan blazer tersebut.

Dalam siasatannya itu, Dr Seah menganalisa profail DNA 157 individu sebagai perbandingan, dan mereka terdiri daripada 14 pegawai dari Jabatan Patologi Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur.

Turut diuji ialah 49 pegawai polis, 81 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pekerja pencuci, lapan kakitangan penyelenggaran dan seorang anggota keselamatan, serta tiga saksi.

Dua siasatan pertama gagal mengesan pemilik DNA dan dia ditanda sebagai 'Lelaki 1'.

Bagaimanapun, satu lagi DNA yang ditemui pada talipinggang Teolh masih belum dapat dikenalpasti.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mati kemalangan yang 'disengajakan' ke??
DNA yang belum dikenal pasti tu tunggu dia 'mati' baru umumkan siapa orgnya la tu...

Tanpa Nama berkata...

mudah saja..
cekik betul2 semua penyiasat sprm (s/j/pelindung rasuah umno/bn)...

tentu dapat jawabnya...
buat macam along ikat rantai leher- dekat jamban

masuksuku berkata...

Salam yb
Agak pelik juga bagaimana DNA kawan tu boleh terpalit di pakaian si teoh ni ya..menurut cerita bodohnya kawasan tu sesak sebab ramai sangat yang mati..kira ala ala masa tsunami le tu..mayat berhimpit himpit..yang bedah pula lupa cuci tangan..pisau yang digunakan lupa lak nak basuh..tapak atau stretcher yang digunakan pula juga lupa nak di cuci semula..ialah tengah gawat..mulut pula lupa nak pakai penutup..
Itu DNA gopala yang di kambing hitamkan..kalau DNA anwar ibrahim tak ke naya kawan tu..depa mesti ada simpan lagi...apa pun ini adalah satu bukti lagi pemimpin yang bodoh menunjukan kebodohannya pada rakyat..mentang mentang rakyat tak boleh bersuara..
Perasan ke tidak..kita kutuk Israel...sebab kenakan ..serang..rampas hak palestin..memang tak betul..tapi secara zahir mereka menindas satu bangsa lain..tapi kita ..bangsa yang menindas sesama bangsa..lebih hina tentunya...pm israel pun nak didakwa kerana salah guna kuasa..pm kita pula...ini lah DEMOKRASI 1 MALAYSIA namanya....
Untuk mangsa dan seumpamanya..ingatlah Allah mengetahui segalanya tetapi masukkan kedalam akal fikiran anda bahawa ANDA PASTI KALAH..Kebenaran tetap di pihak mereka..
Saja mereka berlakon dan membuang masa dan juga wang...
Terlalu banyak yang mereka perlu tutupbuat masa ini,,kes anda hanyalah celah gigi mereka saja..
Semua ini sia sia saja.

Tanpa Nama berkata...

ini fakta penipu..... cover up ni sebenarnye...

kira bertuah jugak la Teoh ni.

kes norita dulu.. air mani lelaki X sampai sekarang tak tahu siapa?

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya alasan

Tanpa Nama berkata...

kes ni lawak bodoh melibatkan SPRM dan pihak yang menyiasat..

Tanpa Nama berkata...

satu lagi DNA yang belum dikenal pasti mungkin dari bayi yang belum lahir??????

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia nak memperbodohkan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

cara siasatan pun dah jadi lawak bodoh

zen_P-69 berkata...

HEBAT....
HEBAT....
HEBAT....

MAYAT LELAKI INDIA MATI KEMALANGAN JALAN RAYA "DIKAMBING HITAMKAN". SELAGI UMum-NO DAN BE-END MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN DI NEGARA INI, SELAGI ITULAH MACAM2 SKANDAL, PROVOKASI, RASUAH SERTA MEDIA DIARAH MEMANUPULASIKAN SESUATU ISU PANAS MENJADI COOL (UNTUK PEMERINTAH) DAN ISU YG COOL AUTOMATIK MENJADI HOT (UNTUK PEMBANGKANG). RAKYAT TERUS DISAJIKAN BERMACAM2 PEMBOHONGAN SELAGI PUAK2 INI BERKUASA.

AKU PASTI PEMILIK DNA TERSEBUT MASIH BEBAS... TETAPI YANG PASTI IANYA BUKANLAH KAMBING HITAM DAN PASTI JUGA IANYA BUKAN MANUSIA... DAN AKU BEGITU PASTI DAN YAKIN CELAKA TERSEBUT ADALAH "LEMBU".