03 Oktober 2009

Kerajaan Hong Kong rampas wang Musa Aman?

Email : Zamri Keciks

KUALA LUMPUR, 3 Okt. : Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong sebentar tadi untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.
Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Berikut disiarkan satu daripada laporan itu yang dipetik dari blog "Deep Throat Sabah" yang mendakwa Chia ialah adik angkat Ketua Menteri Sabah.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

“CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah moden, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jeng jeng jeng

Tanpa Nama berkata...

jeng jeng jeng....

Tanpa Nama berkata...

Aduh Sakit Kepala aku ni... Passport dibekukan.. macam mana dia keluar...err dgn Imigresen msia mesti boleh.. record masuk pun boleh kasi delete.. keluar tak boleh??

teraskayu berkata...

kesian rakyat sabah punyai pemimpin yg tamak, bila lagi nak tukar kerajaan. sepatutnya rakyat sabah hidup senang lama dah............

akulajuki berkata...

Musa Aman dah jadi Musa Tak Aman. Kalaulah ditakdirkan Allah SWT PR berkuasa di Malaysia nanti, si Musa ni patut diheret ke Bukit Aman.

Dia ni parti mana eh? .... oh oh UMENO ...... wa tak hairan lar kalau itu macam, dah memang tabiat orang UMENO songlap duit dan harta negara dan rakyat tu dah jadi macam darah daging dan rukun kehidupan. Tak buat macam taksah ajer ibadat-ibadat lainnyer.

Tanpa Nama berkata...

SYABAS BPR HONGKONG JANGAN JADI SEPERTI SPRM (SURUHANJAYA PEMBUNUHAN RAKYAT MALAYSIA). SAYA RASA TAK TERKEJUT PUN, KERANA RASUAH ADALAH BUDAYA KITA ONE MALAYSIA. BETUL TAK? ANAK TOYO LAGI KUAT SONGLAP.

Tanpa Nama berkata...

mana SPR? siasat cepat sikitler.....

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,.......

jeng jeng jun

CM lupa baca doa makan ......
lain kali baca dulu sblum makan.....
banyak tu.....

Tanpa Nama berkata...

tak heran la kalau harta ketua menteri lebih bnyk drpd negeri yg ditadbir????

masuksuku berkata...

SALAM YB DAN PEMBACA

Tahniah diatas kejayaan SPR hong kong..sprm tahniah juga untuk jadi hampeh..hampas atau bullshit..sat lagi pengarah nya jadi kebal sebab berlambak TUN untuk di taburkan..he..he..he..
Cuma sabahan dan serawakian buka bukalah mata..hidung..telinga..otak..hati..
ini lah balasan kome semua pilih ..jika betul kome pilih..tapi kamik rasa tidak..depa main kotor...untuk memberikan kemenangan hakiki atau pasti atau tentu atau mesti terhadap BEE END DARI DULU..KINI..DAN SELAMANYA..
DEPA JADI MILLIONARE ,KOME MASIH LAGI PAKAI JALAN BERBATU DAN JALAN SUNGAI...AIR PAKAI SUNGAI DAN PERIGI LE SELAMANYA..

Tanpa Nama berkata...

Saya tak kesah...kite ikut yang hak. Siap buat salah, cukup bukti, tangkap dan dakwa. Tak kira siapa kan!!

Ini baru hukum di dunia...di akhirat kelak, sendiri buat sendiri tanggunglah!!!

Apa nak jadi...!

Tanpa Nama berkata...

Di Johor ni pun teruk juga...habis tanah2 'prime-land' di Jalan Kolam Air dan Jalan Mustapha, Johor Bahru dapat kat kroni2 diaorang...buat perumahan mewah!
Apa punye kepimpinan...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Sabah sebahagiannya adalah makhluk yang paling bodoooo atas muka bumi ni....mengalahkan cipan!!!!!

Tanpa Nama berkata...

silap mata umnobn dlm 1malaysia menjadi..
tapi diluar kanoti...

tahniah bpr hongkong.. negera yg tak dakwa ia islamik tapi amalkan kebaikan islam

letak jawatan lah pemimpin2 yg tak malu muka.. contohi jepun, hk, taiwan, spore. begitu gak ktangan kerajaan pembodek..

Tanpa Nama berkata...

org sabah....
bagi minum tuak da cukup da...
lepas dapat minum tuak baru undi parti bacing...
kalo tak, skang ni sabah da maju da...
cakap satu malaysia...

sabahan juga berkata...

jgn cakap mcm itu bah..
aku orang sabahan ni bah..
terasa ni bah..
aku juga tidak sokong parti mangkuk musa aman tu bah ..
habis tebas duit rakyat bah...

jahanam musa aman!

p/s musa aman dengan itu musa hasan itu sama ke bah?...ah dua2 pergi jahanam bah!

Tanpa Nama berkata...

orang sabah dan serawak dah sedar 1 malaysia tipu rakyat dan memperbodohkan rakyat diutamakan. rasuah makanan UBN

Abdullah Ngah berkata...

orang umno beritahu saya pasal slogan satu malaysia bikinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Anda mungkin tahu. Tapi ini cakap orang umno. Bukan cakap laon lain orang.

Awak tahu apa itu satu? bukan satu, tapi SAKU.

Kata orang umno itu lagi "saku malaysia". yakni malaysia duduk dalam saku para pemimpin umno.

Memang ada kebenarannya. Apa tidaknya? segala harta negara duduk dalam saku para pemimpin yang diberi amanah memerintah.

Tidak hairanlah jika para pemimpin umno boleh bina istana di mana mana. Itulah satu malaysia mengikut tafsiran yang dibuat oleh orang umno pada saya.

Doryn berkata...

walau apa pun..kita tunggu dan lihat keputusan perbicaraan. Semoga ianya berakhir dengan adil...
;)

Tanpa Nama berkata...

Dalam UMNO... perasuah jadi CM / MB. isa samad kaki rasuah jadi calon prk.

zen_P-69 berkata...

LEPAS NI JADI MUSA X AMAN LARR......

Tanpa Nama berkata...

Jangan memperbodohkan rakyat Sabah. Mereka ni mangsa kegelojohan pemimpin. Mereka yang berwang merasai menjadi raja segala raja. Tapi tunggulah satu masa walaupun 1 juta ic dikeluarkan untuk menentukan kemenangan BN di Sabah. Rakyat Sabah akan bangkit juga sebab MEREKA BUKAN BODOH

Siti Dashlyn berkata...

Terbukti Sabahan tidak bodoh dengan hanya mendengar dari pihak media sahaja. Sabahan akan menunggu perbicaraan terhadap kes ini dan tidak akan menyalahkan Datuk Musa sebelum beliau diberi peluang untuk menjelaskannya.

gloria berkata...

Kami akan terus menyokong Datuk Musa Aman dalam usaha membangunkan Sabah. Telah banyak yang dilakukan oleh Datuk untuk memajukan Sabah. Sebelum bukti yang menunjukkan beliau bersalah selagi itu beliau mendapat sokongan dari kami....

Tanpa Nama berkata...

BODO LA KAU GLORIA KALAU MAW SOKONG LAGI C MUSA YANG TAMAHA DUIT...SMUA PRJEK DIA SAPU..JGN2 COW PN ADA BHGIAN TAK????