12 Oktober 2009

Kereta juga jadi mangsa di Bagan Pinang

TELOK KEMANG, 11 Okt: Bukan sahaja orang menjadi mangsa, kereta petugas PAS juga diconteng dalam tindakan Jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin agresif melakukan provokasi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang.

Kereta Toyota Camry warna hijau milik Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik diconteng dengan semburan cat putih pada pintu hadapan sebelah kiri.

Pintu kereta tersebut disembur dengan sejenis cat dengan tulisan.

Perbuatan provakasi itu didakwa dilakukan oleh jentera parti Umno-BN ala-samseng sekitar jam 4.00 pagi di lokasi tertentu dalam kawasan pilihan raya kecil tersebut pada 9 Oktober 2009.

Pemandunya, Encik Hazim Ismail, 52, menyifatkan tindakan Umno-BN cuba mencetuskan provokasi agar PAS bertindak balas.

Ini kerana, katanya beberapa siri keganasan dan tindakan melampau petugas Umno-BN terhadap petugas PAS dan Pakatan Rakyat sekadar mempertahankan diri.

"Umno cuba buat provokasi lagi pada hari-hari terakhir berkempen termasuk mereka (Umno-BN) menconteng kereta Usyaz Abu Bakar Chik ini.

Image"Banyak siri-siri keganasan petugas Umno-BN terhadap petugas PAS dan kita (PAS) hanya sekadar mempertahankan diri sahaja," jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kebimbangan tahap keselamatan kerana banyak perbuatan melampau jentera Umno-BN tidak ada tindakan polis._


HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kugan pun mati, altantuya pun mati, teoh pun mati budaya 1 MALAYSIA, NAJIB