TELOK KEMANG, 11 Okt: Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.
Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.
Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.
Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.
Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.
Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.
SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi.
Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.
Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.
Harakahdaily/-

7 ulasan:
Lama tak menang, kali ni baru dapat menang balik...
Entah berapa hari nak heboh cerita ni nanti...
yg pentingnya menang
bagan pinang adalah hak milik umno...kalau nak buat pesaingan buatlah secara sihat...
kekalahan PAS ada hikmahnya. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita semua dan supaya kita tidak dibuai mimpi indah. Kekalahan merupakan kemenangan sekiranya kita berfikir.Matlamat utama PRU 13, tingkatkan usaha kuatkan semangat kearah mengapai kemenangan pada PRU 13 nanti. ALLAHU AKBAR
Tahniah kepada semua pertugas PR. Walaupun kita kalah undi tetapi kita menang semangat melawan. Jangan bersedih dengan kekalahan ini krn ALLAH yang lebih tahu akan hikmah kemenangan ini.
Kemenangan ISArasuah memberi semangat serta kekuatan baru kepada umno untuk menghadapi PR13. umno akan menggunakan modus operandi yang sama di BP - rasuah dan provokasi. Rakyat akan dididik untuk menerima rasuah politik sebagai HARUS melalui berbagai rancangan dan aktiviti mereka. Think-tank mereka akan merancanakan strategi untuk menjadikan rasuah politik sebagai norma masyarakat Melayu.Tidak mustahil kalau strategi ini melimpah ke dalam kurikulum pelajaran di sekolah2. Kita akan lihat perkembangan ini dalam masa menanti PR13.
Pertelagahan dengan DAP di Selangor antara faktor kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang. Tidak mengapa asalkan PAS terus berpegang kepada prinsip "amal ma'ruf nahi mungkar". Ketegasan PAS berkenaan isu arak secara tak langsung menaikkan martabat Islam. Tak dapat undi dari kaum Cina pun takpa la..ada aku kisah..
Catat Ulasan