03 Oktober 2009

Mesej Allah daripada gempa harus difahami

Oleh Ahmad Baei Jaafar

Gempa bumi berukuran 7.6 pada Skala Richter di Padang Sumatera Rabu lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka terutama yang selamat. Melihat kepada bangunan yang runtuh dan ranap, mereka tidak percaya bahawa mereka masih boleh hidup.

Badrulamin Mohd Sharif, 30, dari Kuala Lumpur yang selamat sampai dari Padang pagi tadi berkata beliau dan enam orang anggota keluarga (dua anak perempuan, isteri, ibu mertua dan dua adik ipar perempuan) bercuti di daerah itu sejak Khamis minggu lalu.

"Ketika sedang membeli-belah di Kompleks Pasar Bukit Tinggi, secara tiba-tiba bangunan itu bergegar dan kelihatan orang ramai lari keluar dan menjerit gempa," katanya.

Cemas melihat kejadian itu, beliau membawa semua anggota keluarganya bergegas keluar dari kompleks itu dan melihat orang ramai berlari ke kawasan lapang kira-kira 100 meter dari kompleks terbabit.

"Alhamdulilah, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada yang cedera, selepas dapat maklumat daripada pihak kedutaan Malaysia di sini, saya sekeluarga dibenar pulang bersama-sama pelajar Malaysia ke tanah air," katanya.

Badrulamin sekeluarga yang menaiki pesawat CN235 TUDM berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau bersama-sama pelajar Malaysia pada kira-kira pukul 6 pagi waktu Malaysia.

Beberapa orang mangsa yang cedera dalam kejadian itu turut bersyukur kerana masih diberi peluang hidup di dunia ini. Pelancong bukan Melayu yang baru memasuk bilik hotel pada petang hari kejadian tiba-tiba tercampak ke dalam kolam mandi. Dengan bantuan pekerja hotel itu beliau berjaya dikeluarkan dari bangunan itu.

Banyak lagi cerita aneh dan mengejutkan dapat kita dengar dari mangsa yang pulang dari bumi Padang itu. Namun berapa ramai yang dapat merasai mesej yang Allah kehendaki daripada peristiwa itu. Allah mengungkap kata-kata orang beriman, "Tuhan kami, tidaklah Kamu menciptakan sesuatu itu saja-saja, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada api neraka."

Umat Islam apatah lagi mereka yang terlibat harus sedar bahawa Allah bila-bila masa boleh berbuat sesuatu terhadap manusia dan alam ini tanpa memberi amaran. Sudah bersediakah kita dengan amalan kebaikan dan meninggalkan dosa dan maksiat sebelum ditimpa bencana?

Malanglah mereka tanpa sebarang persiapan tiba-tiba mati dalam keadaan hina dalam gempa bumi seperti ini. Walaupun negara kita bukan negara gempa bumi, kita tidak boleh berasa selamat kerana bunga-bunganya sudah ada. Beberapa bangunan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor pernah mengalami gegaran walaupun tidak runtuh.

Jadi, elakkan diri kita daripada kemurkaan Allah, Tuhan kita.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mesej gempa dan tsunami, harus di fahami untuk meningkatkan ketaqwaan kepada allah s.w.t

Tanpa Nama berkata...

gempa bumi di indonesia berlaku setelah noordin mat top terbunuh...apakah ada kaitannnya?

Tanpa Nama berkata...

ENTAH NORDIN BERSALAH ATAU TIDAK DIBURU DAN DIBUNUH BEGITU KEJAM, ALLAH TAALA MAHA BERKUASA

Tanpa Nama berkata...

gempa bumi yg berlaku diPadang,Sumatra Barat adalah bala dan amaran Allah kepada umat islam indonesia khusus nya dan umat islam seluruh nusantara am nya. kenapa ya? kerana semenjak akhir2 ini tekanan dan penghinaan terhadap islam dan umat nya semakin menjadi2. di Indonesia misalnya puak2 islam liberal dan plural semakin mengukuhkan kuasanya diperingkat politik melalui proksi mereka iaitu naib presiden indonesia. perkembangan ini boleh mengancam kemurnian dan keaslian akidah islam umat indonesia. segala kerosakan yg dicetuskan oleh puak2 islam liberal dan plural ini semakin menampakkan hasilnya. umat islam yg jahil dan keliru semakin ramai yg berjaya disesatkan oleh puak2 ini. hasilnya boleh dilihat dengan pelbagai kebobrokan yg berlaku dalam kehidupan umat islam indonesia itu sendiri. manakala di malaysia perkara yg sama sedang berkembang biak, juga melalui pengaruh politik parti pemerintah dan umat islam seolah2 tiada kekuatan utk bertindak. sikap tunggu dan lihat malah membisu ini pasti akan mengundang bala yg pasti besar kpd umat islam itu sendiri malah rakyat malaysia keseluruhannya. rasanya umat islam dimalaysia sudah patut bersedia utk menerima bala dari Allah bila2 masa dari sekarang atau bersedia utk bertindak dan mengubah segala kepincangan yg berlaku yg pastinya mengancam akidah umat dan agama islam itu sendiri. umat islam bertaubat dan bertindaklah segera atau satu lagi bala yg lebih dasyat dr gempa bumi di Padang akan menimpa umat islam dimalaysia..... lu pikir lah sendiri.....