14 Oktober 2009

Nik Aziz tawar Cina pimpin Islam

KOTA BHARU, 13 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi berkata, orang Cina di negara ini perlu mengambil peluang untuk memimpin negara ini dengan mengkaji, menyertai dan seterusnya memimpin Islam.

Ini kerana, orang Cina jelas cerdik dalam berpolitik dan patut memimpin orang Melayu.

Beliau merujuk kes perwakilan MCA yang menolak kedua-dua pemimpinnya yang dikira salah laku dan rasuah dengan memberikan isyarat kedua-duanya tidak layak memimpin orang-orang Cina dan MCA.

Dalam persidangan luar biasa (EGM) MCA itu, perwakilan meluluskan undi tidak percaya kepada Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat.

Perwakilan juga menolak usul untuk melantik semula timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek yang dipecat oleh Lembaga Disiplin parti itu. Namun perwakilan menerima beliau sebagi ahli parti.

Bagi Nik Aziz, keputusan ini melambangkan kebijaksanaan orang Cina berpolitik.

Sehubungan itu, beliau menawarkan sekali lagi agar mereka mengkaji, menyertai dan memimpin Islam kerana mereka adalah kaum yang cerdik dan layak memimpin Islam berbanding orang Melayu sendiri.

Nik Abdul Aziz Nik Mat, semasa memberi responnya berhubung pilihan raya kecil Bagan Pinang berkata, kalah atau menang adalah adat di dalam sebuah perjuangan, seraya mengakui bahawa PAS menghadapi tentangan kuat daripada Umno pada PRK kali ini.

"Kita terima kekalahan ini. Tak apa. PAS tidak pernah lupa pada falsafah, menang tidak bererti selama-lamanya akan terus menang. Begitu juga kalah. Kelantan pun sebelum ini pernah kalah tetapi akhirnya mampu bangkit semula," katanya.

Harakahdaily/-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ntahlah... wat malu je amik perasuah jd pemimpin...

zackeye berkata...

Tok Guru berkias kerana ramai lagi orang PAS dan orang Melayu tak tahu nak pilih pemimpin yang boleh jadi teladan.

Tanpa Nama berkata...

islam x pernah mengira rupa bangsa dan warna kulit...

david ahmad muniandy berkata...

kalau nak memilih kaum cina kewarganegara mesti berugama Islam....

Tanpa Nama berkata...

cara berpolitik org pantai timur x sama dgn selatan, utara xsama dgn barat.kmpung xsama dgn bandar, masyrakat felda xsama dgn ldng iestit. kita mesti kaji dan teliti dng halus , apa yg harus diambil perhatian dan pendekatan dlm memperjuangkan agenda dan mesej yg dibawa oleh pas.

janggut berkata...

kalau nak bagi cina kewarganedara memerintah mesti la berugama islam...lebih mudah dia memahami konsep islam itu sendiri dari hanya memahami secara teori sahaja.

Tanpa Nama berkata...

yb idham, sepatut nya biarlah adil dalam menyiarkan komen2 dan pendapat apa2 isu. Jangan lah yang tidak sebulu dengan yb, yb tidak siarkan yang memuji yb, yb siarkan. Kalau boleh semua komen patut disiarkan.