14 Oktober 2009

TERKINI : Surat panggilan sidang pada 28 Okt telah saya terima

Sekitar maghrib sehingga jam 10 malam tadi saya dihubungan oleh rakan-rakan ADUN Pakatan Rakyat mengenai surat yang dihantar secara mengejut oleh pihak pejabat SUK malam tadi. Termasuklah setelah balik dirumah saya mendapati surat untuk saya juga telah diserahkan kerumah saya sekitar jam 7.30 malam tadi dan diterima oleh anak kesayangan.

Ganesan Speaker haram dan MB Perak Kudeta dari BN merancang untuk mengadakan sidang pada 28 Oktober ini. Sidang yang dinamakan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri yang Kedua Belas Perak Darul RTidzuan itu direncana pada jam 10.00 pada tarikh tersebut.

Nampak sangat tergesa-gesa dan semacam dirancang bila rencana awal yang agak selesa untuk mengadakan sidang pada 2 November ternyata dipercepatkan. Bagi saya BN melihat keadaan tidak menentu dengan beberapa prosiding di mahkamah yang belum selesai termasuklah mengenai kesahihan SPR yang tidak mengosongkan Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, dan perbicaraan di mahkamah Persekutuan pada 5 Nov mengenai siapakah MB Perak yang sah menjadikan BN cukup tersepit untuk mengadakan sidang.

Masa sangat suntuk dan surat tersebut menyebut kami diminta mengemukakan kenyataan mengenai soalan lisan dan bertulis, usul dan ucapan penanguhan tidak lewat dari hari rabu 14 Okt 2009,esok.

Selain itu isi kandungan surat juga menyebut mengenai pemilihan Ahli Dewan Negara mengganti Dato' Azian bin Osman yang telah tamat tewmpoh perkhidmatan pada 22 Ogos lepas.

Saya mencium muslihat yang sedang dirancang oleh BN, apalagi tidak disebutkan mengenai sidang ini adalah sidang Bajet.

Yang jelas tidak ada hak Speaker haram Ganesan memanggil sidang kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah dan kami semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir pada sidang tersebut. Namun kami akan hadir hanya kepada sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah iaitu V. Sivakumar. Pada tarikh yang sama atau pada tarikh yang lain.

13 ulasan:

Pelawat Bumi berkata...

Sokong pulaukan Sidang sebagai tanda 'Speaker Genesen ni betui2 haram'

Tanpa Nama berkata...

Saya Orang parit sokong pulaukan sidang DUN yang haram itu.

man sul berkata...

pastikan pakatan rakyat konsisten dalam mengatur strategi jangan layan speaker haram

Tanpa Nama berkata...

Semua wakil rakyat PR kena sepakat. JANGAN PERGI SIDANG TERSEBUT. PERSETANKAN MEREKA SEMUA. Jika ada di antara anda yang pergi, maka anda MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT. Teruskan Perjuangan Menegakkan Kebenaran

Tanpa Nama berkata...

perjuangan PAS perak sentiasa maju kedepan, jangan hadir, rakyat bersama pakatan rakyat perak.

kulaan niring berkata...

salam,pendapat saya jgn pulau tetapi lebih bijak merancang dlm sidang itu...sekiranya yb2 pakatan tidak hadir bee and akan mengatakan yb2 pakatan tidak menjalankan tugas yb.Speaker sah dr pakatan perlu keluar perintah panggil mesyuarat supaya kehadiran yb pakatan pada sidang itu atas arahan speaker sah,dan mengusulkan sidang khas membahaskan undang2 tubuh negeri perak.

Tanpa Nama berkata...

Saya orang pantai remis pun setuju, memang jenis kerajaan haram....takbir

Tanpa Nama berkata...

pergi la.. tapi suruh la sivakumar yang keluar surat pada tarikh yang sama...

Tanpa Nama berkata...

Fikir dulu dan rancang baik-baik....kalau perlu buat pada tarikh sama atau awal dari mereka minta speaker kita keluarkan surat panggil sidang segera.Lawan jangan tak lawan..

Tanpa Nama berkata...

salam
pada pandangan saya speaker sivakumar keluarkan surat persidangan pada tarikh yang sama, dan semua YB PR hadir.
sekiranya YB PR tidak hadir pada hr tersebut saya berkeyakinan KERAJAAN HARAM JADAH ini akan bermaharajalela didalam dewan nanti....
untuk mengajar orang yang zalim kita perlu lebih zalim dari mereka....sekadar pandangan...

Tanpa Nama berkata...

buat apa pi, memang persidangan tak sah sbb di panggil oleh speaker tak sah..kalau p maknanya speaker tu sah la..

Tanpa Nama berkata...

ada UMNO Haramjadah mai bila sivakmar panggil sidang DUN? tak dak kan? jadi buat PR nak Pi?

Tanpa Nama berkata...

BUBAR DUN PERAK!!!!

LAWAN TETAP LAWAN BRO......