10 Oktober 2009

PAS tuntut hentikan undi pos serta merta

TELUK KEMANG, 9 Okt: PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana pilihan raya itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah dan dikeluarkan pada hari penamaan calon.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981

Statut tersebut berbunyi: "Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi..."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain; kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.

Ujarnya lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera pun; didapati terdapat dalam senarai daftar pemilih undi pos.

Dalam kes yang berkaitan, Salahuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat; turut digugurkan dalam senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan.

Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.

Ditanya tentang tindakan PAS serta Pakatan Rakyat seterusnya, Salehuddin menjelaskan bahawa suatu pasukan perundangan sedang membuat perhitungan akhir.

Pakatan dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat; sama ada di sini atau di Putrajaya.

Semalam, PAS mencadangkan SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar puteh.

Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS sebelum ini. Harakahdaily/-

8 ulasan:

Media Cyber berkata...

PAS ni takut kalah setahu saya. Kenapa harus takut? bukannya mereka telah menang dalam semua pilihanraya kecil sebelum ini? kalau benar mereka mahu menuntut keadilan PKR yang dilaung2kan anwar liwat selama ini.. lawan saja UMNO tu! jangan berundur ke belakang! tak perlu nak batalkan undi pos dan bagainya.

Salahuddin sentiasa mencari populariti di media, benda yang tidak logik pun dipertikaikan padahal SPR mempunyai alasan tersendiri.

Jangan jadi takut la PAs, lawan saja kalau rasa perjuangan parti PAS itu betul, tapi dah nak suruh tangguh dan batal itu ini.. nyata PAS tidak berupaya mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat yang dimana sedia ada rakyat semua nampak dan tahu PAS hanya merelakan diri dipergunakan oleh PKR dan DAP..

Mampukah anda mengubahnya jika Nik Aziz masih lagi mahu bersekongkol dengan parti penghancur Islam negara? Mungkin anda tidak tahu.. well.. sekadar pandangan saya... jangan tak approve plak..

Adam Ahmad berkata...

hahaha....bukan takut la...Allah bagi kita akal untuk digunakan....apa yg Pas buat adalah mengikut peraturan, lain ler mcm UMNO...pegi bantai org, tu baru "takut".."media cyber" darjah berapa ni?...aku rasa "media cyber" kena banyak membaca sejarah2 islam terdahulu....

Tanpa Nama berkata...

comel n seksi jugak media cyber ni, berkenan jugak aku tengok, anak sapa ni, pak dia dok tang mana, apa agamanya, maka dia seksi macam tu ke tak, enteh jantan ke betina. Lantak kau lah media cyber

Tanpa Nama berkata...

Kalau B.... End anak jantan jangan lawan orang yang diikat tangan dan kaki, lepas itu belasah ramai-ramai. Gajah pun mati.

Abdullah Ngah berkata...

UMNO sudah lama dipergunakan oleh MCA dan MIC sehingga hak istimewa orang melayu dan islam jadi mangsa.

Bukan sahaja telah diperginakan malah para pemimpin UMNO boleh dibeli dengan wang ringgit sebagai penyebab orang Melayu terpinggir tersingkir.

Orang melayu sudah tidak layak tinggal didalam bandaraya, macam Kuala Lumpur pulau Pinang Ipoh Johor Baru, kecuali yang makan gaji dan para pemimpin UMNO yang banyak harta.

Orang Melayu bukan sahaja dihalau ke hutan hutan, lerana tidak layak tinggal dalam kota yang dikuasa oleh orang China.

Kuala Lumpur siapa punya dan siapa punya angkara? UMNOlah puncanya, kerana pemimpin boleh dibeli.

Untuk layak dicap sebagai pengkhianat bangsa Melayu, kerana para pemimpinya boleh dibeli.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya BN lagi takut kalah sampai sanggup menipu dan menjadi samseng. tumbangkan UBN PRU13.

putraminang berkata...

KALU X TAU POLITIK ISLAM JANGAN NAK KOMEN LAH SEDARA ... DOK DIAM JE LAH TUNGGU PRU13 NANTI...

KO SEDAR X MENUDUH TANPA BUKTI & SAKSI TU DOSA BESAR KE KO NI DAH MURTAD... BERTAUBATLAH SEBELUM NYAWA DIAMBIL TUHAN, PAHALA ANWAR TU MEMANG KO X NAMPAK YANG KO NAMPAK PEMBANGUNAN METERIAL, DUIT, MAKAN, MINUM, DOSA PAHALA APA PEDULI.
ITULAH KENA MENGAJI, BELAJAR AGAMA JANGAN TENGOK BERITA TV, BACA SURAT KHABAR UMNO/BN DAN YAHUDI JE...
SORILAH AKU DAH MUAK DENGAN KERAJAAN BN NI,
PENIPU, PEMBOHONG, PEMBAZIR, PEMAKSIAT DLL.

penyapu sial berkata...

hey malaun media cyber..tgk avatar dan gaya bahasa hang pun aku dah tau ko ni puak mana...!!!...cakap bior berlapis...sape sebenar yg menghancurkan islam sampai islam di perlekehkan oleh orang bukan islam..dan sape yg bersekongkol menjahanamkan melayu islam pulau pinang selama 52 tahun UMNO/barisan najis memerintah pulau penang...tu satu contoh aje..banyak lagi..kalau kita tgk dengan keadaan masyarakat melayu islam yang semakin rosak akhlak dan moral..terlibat dengan aktiviti bohsia,bohjan,pesundalan,samseng,rempit,dadah dan segala jenis kejahatan dan maksiat...ini lah hasil tarbiyah 52 tahun parti islam ( kununnya ) haramjadah UMNO memerintah...yang duduk dalam dalam barisan najis ( BN ) tu...MCA, MIC dan parti2 yang bukan islam lainnya..tu..tak menjahanamkan islam ke..??...sekurang kurangnya DAP..orang2 nya ada juga nak mencuba menghayati maksud ayat al quran...dan boleh di ajak berunding dan mendengar muzakarah dengan pimpinan PAS/PR...nak harapkan pimpinan UMNO..sibuk tonggang brandy dan kepit betina ada ler...nama ajer islam..tapi ..lansung tak menghayati maksud ayat al quran..kalau ada pun guna ayat alquran untuk kenyangkan tembolok sendiri dan galakkan lagi buat maksiat..sekadar peraturan dan undang undang islam di ubah suai ( hadhari )untuk pelepas nafsu ko orang ajer..kalau tak insaf jugak...go to hell...u and UMNO lah...!!!!