15 November 2009

Berpakaian tetapi telanjang

http://bawangorengn/ et.blogspot. com

Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)



Ciri-ciri pakaian Muslimah :

Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
Baju mestilah labuh dan longgar
Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
Memakai sarung kaki

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

2 ulasan:

Sungaiburung berkata...

Wanita islam sekarang berpakaian bukannya ikut islam tapi ikut fesyen yahudi.Wanita yahudi ada juga berpakaian menutup kepala tapi pakai kain belah tepi,seluar pendek,seluar ketat dan banyak lagi yang ketat dan seksi.lebih malu lagi pakai tudung tapi seluar lodeh sampai nmpak lurah punggung.Ini sudah jadi kebiasaan buat wanita skrg.Kerana mereka ini sudah tidak malu lagi dan maruah sudah hilang bagaikan binatang di tepi jalan buat apa saja nak buat.

david ahmad muniandy berkata...

Cerita stokinlah...cerita auratlah..yang penting tutup aurat. Tapi fahamkah apa makna AURAT? Asal tutup aja tak bermakna dah tutup aurat. Suami suruh isteri pakai stokin untuk tutup aurat. Suruh pakai mini telekong tutup aurat...Tutup aurat tu apa sebenarnya? Kita kena faham ERTI Aurat itu dulu...AURAT ERTINYA/MAKNANYA- KEMALUAN.
BUKAN "BENDA-BENDA" LELAKI DAN PEREMPUAN ITU DISEBUT KEMALUAN. KALAU BEGITU TUTUP "benda" TU DAH TAK MALULAH KITA?...

AURAT (DLM BAHASA ARABNYA)KEMALUAN DALAM BAHASA MELAYUNYA. DISURUH TUTUP AURAT BUKAN LEBIH BERAURATKAN LAGI SETELAH DITUTUP. SURUH PAKAI STOKIN TETAPI TAK LARANG ISTERI BERSELUAR KETAT.
SURUH PAKAI BAJU, TETAPI BAJU KETAT..TELANJANG DALAM PAKAIAN...BUAT APA...ITU NAMANYA BALUT AURAT BIAR NAMPAK LEBIH PADAT. BARULAH NAMPAK STANDARD...BUKAN GITU KE TREND SEKARANG...SBB ITU AKU TAK JADI KAWIN BILA AKU SURUH DIA TUKAR TREND TELANJANG DALAM PAKAIAN DIA KATA DAH KETINGGALAN ZAMAN. MANUSIA BELUM MENGERTI AURAT ITU APA....