IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Pakatan Rakyat , V Sivakumar gagal dalam samannya terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang menyalahgunakan kuasanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 3 Mac lalu.:
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 4, Tarmizi Abdul Rahman membuat keputusan menolak dengan kos saman itu, selepas mendengar hujah kira-kira dua setengah jam dalam perbicaraan dalam kamar, semalam.
Sivakumar diwakili oleh Cheang Lek Choy manakala Dr Abdul Rahman diwakili oleh Penasihat Undang-undang Kerajaan Perak, Datuk Ahmad Kamal Shahid dan Timbalannya, Zulqarnain Hassan.
Bagaimanapun, peguam kedua-dua pihak enggan memberi sebarang kenyataan akhbar.
Pada 27 Ogos lalu, Sivakumar memfailkan saman terhadap Dr Abdul Rahman Hashim kerana menyalah gunakan kuasa dengan menghalang beliau serta Ahli Dewan Undangan Negeri (:ADUN) memasuki DUN.
Sivakumar sebagai plaintif turut menuntut perintah injunksi bagi menghalang Abdul Rahman selaku defendan, ejen atau pekerja defendan daripada menafikan hak plaintif untuk memasuki dan menggunakan DUN serta menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua DUN yang sah.
Plaintif juga mengemukakan tuntutan ganti rugi teruk, ganti rugi contoh yang didakwa dialaminya ketika cuba menghadiri dan memasuki DUN pada 3 Mac lalu, selain kos atau bayaran lain dianggap sebagai adil dan saksama oleh mahkamah.

1 ulasan:
bukan DR rahman.DAJE nama dia.prangai lebih truk dr jepun bintang 3.truk dr israel.klu dulu melayu sengkonkol nge jepun nama TALIBARUT.ni lebih dr talibarut sengkonkol nge BN.ntah xtahu la apa dia.aku tengok muka dia xbjenis langsung.paadan tembak ngan senapang gajah jeeeeee.cippporah
Catat Ulasan