15 November 2009

Antara hadiah pergi haji di Kelantan dengan hadiah jambatan runtuh di Perak

Sehari dua ini gencar berita kononya Tok Guru dikaitkan dengan pergi haji dengan hadiah atau sponsor dari syarikat atau individu tertentu sehingga Tok Guru mengambil keputusan yang saya kira paling tepat dengan membatalkan pemergian itu walaupun tidak ada siapa yang berhak menghalangnya seperti yang sipertahankan oleh banyak pihak termasuklah PAS Kelantan.

Alangkah mulianya memberi hadiah sehingga orang boleh pergi menunaikan haji apa lagi dia adalah Tok Guru yang kita sayangi. Namun sebaliknya berlainan pula dengan hadiah di Perak.

Pemberian hadiah kepada Kementerian Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dalam bentuk jambatan di SK Kuala Depang Kamp-ar perak oleh sebuah syarikat yang telah dapat dikesan namanya adalah pemberian hadiah yang nampak mulia tapi jelas berunsurkan rasuah dan berkempentingan dalam kementerian itu.

Tambahan pula pemberian hadiah itu walaupun bernama jambatan bagi saya semacam satu perangkap maut dan terbukti telah mengorbankan 3 pelajar India di perak yang kita sama-sama tangisi pemergiannya.

Bayangkan jambatan yang dihadiahkan dikatakan layak untuk digunakan untuk pelajar menyeberang seramai 6 orang dalam satu-satu masa sedangkan pelajar yang terlibat dengan kem 1Malaysia itu hampir 300 orang.Bukankah ini perangkap maut ? Dua minggu sudah siap sudah runtuh dan mengorban nyawa.

Demikianlah BN apa yang dibuat semuanya baik walaupun memangsakan rakyatnya sendiri, namun kalau yang dilakukan oleh pakatan Rakyat dan PAS termasuk ada yang rela hati menaja Tok Guru pergi haji dengan ikhlas tanpa apa-apa kepentingan jadi salah dan sengaja diperbesar-besarkan.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni perangai kudatunggangan umnobe end.. kalau dituduh ke PR belum siang lagi dah buka fail siasatan.. sesuai sangtlah dihadiahkan lembu..
kalau kena ke tuan dia.. berlori2 repot n bukti.. dilemparke bakul sampah cth vk lingam, bagi macam2 alasan nak lepaskan tuan dia...
1malaysia kena tahu benda ni utk pru13 nanti.. jangan muda lupa

Tanpa Nama berkata...

ako satuju ikam basurah ka i tu,

Tanpa Nama berkata...

hantar tuan tuan guru dan alim ulama tok guru pondok adalah suatu tradisi di pantai timur... perasaanya sama seperti menghantar ibu ayah tunaikan haji... semoga org2 yang membuat fitnah diberikan hidayah dibukakan pintu hatinya sedar betapa dia telah menghina ahli agama.

Tanpa Nama berkata...

aku cukup fedup ngan BN CELAKA.klu puak dia cover line.kena puak PR lubang yg dah tutup suruh buka.cari bukti smpai lubang cacing.BN ni sbnornya.sandiwara ja lebih.kijo haprak hampehh.kipas punggung.bodek lebih.klu yg slah cepat2 dia tutup kes.takut rakyat tau slama ni dia klentong rakyat.apa yg blaku slama ni,nak tunjuk yg BN ni bukan ikhlas utk rakyat.dia nak kikis harta rakyat.sbab tu jd mcm2.hadiah utk pg hj kata rasuah.ke xbngung namanya.....tggu trima balasan la mangkuk tu.....

Unknown berkata...

(dapatkan petua & ramuan herba di sini (original)

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah .. Akhirnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya utk ke Mekah. Apakah ada syarikat yg akan menaja sekiranya beliau bkn seorg pemimpin negeri? Rasanya x mungkin. Utk elakkn fitnah kpd beliau adalah lebih baik beliau gunakkn duit sendiri. Jgn bangkitkn fitnah yg sedang tidur. Hadiah itu sewajarnya diberikan kpd tok2 guru yg mengajar disekolah2 pondok kerana umum mengetahui pendapatan mereka x lah sebesar pemimpin yg memimpin negeri.
Anggaplah perkara ini satu peringatan kpd kita semua dan juga kebaikan kpd Pas. Mudah2an dgn menolak hadiah ini memberikan lg kepercayaan rkyt kpd pimpinan Pas dan seterusnya memenangkan Pas & PR pd Praya ke 13.

david ahmad muniandy berkata...

manusia tak boleh elak dari cemburu

mie83 berkata...

amat sedih bila isu ini diperbesarkan tu.media dan org2 jahil.
benarlah kita sedang berada di zaman yg mana org ramai melihat yg makruf itu mungkar dan yg mungkar itu makruf.
mudah-mudahan Allah selamatkan kita dan keluarga kita dr termasuk dlm kalangan org ramai i

paka OILAND. berkata...

pada tanpa nama,10.57.org sponsor TGNA,sjk lama doh....sblum jd MB lg,mu mna tahu katak bwh npurung mung.

fatimah berkata...

saya bukanlah terlalu dewasa untuk mengupas isu ini, namun, sejak akhir-akhir ini, tindakan UMNO, sangatlah keterlaluan. Sebagai generasi baru yang baru mengenali dunia politik, saya berasa takut dengan situasi sekarang dan saya yakin, bukan saya sahaja yang berasa sedemikian, malah ramai lagi pelajar di luar sana yang sudah tidak mempercayai sistem politik sekarang. Jika dahulu, sebarang masalah di rujuk kepada pemimpin, berbeza dengan keadaan pada waktu sekarang, di mana semuanya berdasarkan wang ringgit. Siapa yang mendatangkan untung, dialah yang akan di puja. Saya berhara sangat agar pihak PR berusaha keras untuk mengembalikan hak rakyat. HIDUP PR!

Tanpa Nama berkata...

berdoalah semoga mereka diberi petunjuk oleh allah swt dan kebenaran pasti akan diketahui juga