15 November 2009

Harian Metro vs Kosmo : Berita sama tapi beza

Oleh : Saran mehzalan

Monday, November 9, 2009
Hari ini saya membeli dua surat khabar serentak kerana ada sebab yang menarik.

Mulanya saya hanya membeli surat khabar Kosmo sahaja. Kemudian entah macam mana terdetik untuk membaca berita yang sama di akhbar harian metro online.Mulanya tidak perasan, tapi terus terfikir.

"Eh... tadi masa baca kosmo tadi tak ada la pulak..."

Terus saya membeli harian Metro untuk kepastian. Sah memang berbeza. Selain daripada fakta umur (Kosmo tulis lelaki berumur 75, tetapi Harian Metro tulis 81 tahun), ada satu lagi perbezaan yang agak mengejutkan.

Gambar di atas diambil dari surat khabar Kosmo bertarikh 10 November 2009. Manakala gambar di bawah pula diambil dari surat khabar Harian Metro pada tarikh yang sama. Dapatkah anda melihat perbezaan tersebut?

Untuk gambar yang lebih jelas sila layari http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20091110070639/Article

Saya tidak tahu dan pasti apakah motif akhbar Kosmo 'menghilangkan' imej tersebut. Ini bukan berita politik dan tidak ada kena mengena dengan politik dan orang ramai pun tidak terfikir untuk mengaitkannya dengan politik. Tetapi bila isu sebegini berlaku maka kemungkinan orang ramai akan mempertikaikan kredibiliti akhbar dalam melaporkan sesuatu berita.

Wallahu'alam.




7 ulasan:

Qubezo berkata...

Assalamualaikum. Tak sangka dalam membuat liputan berita akhbar pun ada adegan berphotoshopping hehe. :)

Tanpa Nama berkata...

Bagi sahlah pembunuh tu orang lambang dacing biru... sebab tu logo dacing pada payung tu dipadamkan. Jangan dibeli atau dibeli akhbar-akhbar 'celaka' tu. Dah 10 tahun sya B O I K O T !

Tanpa Nama berkata...

tengok dalam pasbangi.blogspot.com lagi jelas media perdana main wayang. Ini namanya sorok kepala nampak punggung macam burung kasuari.Mungkin juga jenis malu tak ketahuan. Kalau orang salah Polis nak balik rumah pun dia ingat nak tangkap dia.

kangkalikong berkata...

berita pembohong rakyat memang mcm tu lebih banyak aota dari fakta...itupun puak2 amno nak pecaya..pigirahhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

mmg mnarik sgguh...sampai macam tu skali ya..

masuksuku berkata...

memanglah bee end ni menipu dalam semua hal..daripada my card sampai lambang..nak tutup le tu kononnya..
tapi semua orang tau.oii..

penyokong masih lagi macam orang tak berakal..

ada akal pun tak tau nak guna..

Tanpa Nama berkata...

sebelum laporkan berita selidik dahulu fakta yg tepat dan benar.Jadi lah orang yg bertanggung jawab tentang apa yg di tulis. Ingat hidup ini sememtara waktu saja. Akhirat jua kekal selama2nya. Selamat berpuasa.