02 Disember 2009

Isu pijak gambar 3 katak di Konvensyen DAP

Sebentar tadi saya dihubungi oleh wartawan Utusan bertanyakan kewajaran mengenai isu memijak gambar dipintu masuk semasa Konvensyen DAP minggu lepas.

Saya mengatakan bahawa saya juga dijemput untuk hadir dalam program itu tetapi berhalangan kerana terpaksa memenuhi jadual dalam kawasan DUN yang ketat sesuai dengan Hari Raya Haji dan Ibadah Korban.

Kerana itu saya jelaskan saya tidak pasti sangat dengan kejadian itu dan baru mengetahui dari apa yang dimaklumkan oleh wartawan Utusan berkenaan. Jadi tidaklah adil kalau saya memberi ulasan kepada perkara yang saya tidak jelas ceritanya.

Namun yang lebih penting dari itu saya jelaskan isu sebenarnya ialah mereka semua telah belot kepada parti masing-masing sedangkan mereka diundi berdasarkan lambang DAP dan PKR. Ertinya mereka telah khianat kepada amanah dan undi rakyat yang memilih mereka.

Saya juga menjelaskan rakyat boleh menilai apa yang berlaku sekiranya benar, sama ada wajar atau tidak saya kira rakyat Perak boleh menilai kerana kemelut politik yang berlaku di Perak sebenarnya adalah kesan dari belotnya Jamaluddin, Osman dan Hee.

Mudah-mudahan komen saya tidak diputar belitkan sesuai dengan permintaan saya di awal telefon yang saya terima.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum YB,

nak dibandingkan khianat pd pengundi & parti dgn gambar kena langkah...jauh sekali bezanya...

kertas surat khabar lama yg ada gambar adun2 ni mungkin juga adun lain dah banyak kena pijak..bakar...tiada yg kisah pun...

andai saya dapat peluang berjumpa adun2 katak ni, saya akan baling selipar pd mereka.

ni baru balasan politik didunia...belum lagi balasan akhirat utk pecah amanah, rasuah dan maksiat mereka..

Krai Utara berkata...

setuju benar ambo dengan ulasan di atas, memang padan muko dah ore lagu tu

Tanpa Nama berkata...

Orang cam ni apa dia peduli. Apa yg penting poket tak kempis. Dia sendiri pun tak sangka boleh jd wakil rakyat, malah nyaris-nyaris nak jadi MB. Lantaklah org kutuk ke cemuh ke yang penting hati senang, kantung yg dah berisi tu kira ok la utk belanja sampai mati..

Tanpa Nama berkata...

pd kakirempit,

pandai plak cakap pasal moral...
pasal merempit, membohsia, segala suku sakat maksiat mana pulak moralnya...kat kaki ke

Tanpa Nama berkata...

+pandai plak Si Dol ni ckp psal moral...rampas kuasa oleh Zambri Kling tu ada moral ke? Porahhh.. tak pyah ckap la meluat aku....

anti ug.. berkata...

rupanya yb masih melayan wartawan musuh, tolong la, jangan jadi macam sesetengah pemimpin PAS, suka sangat bila berdepan dengan wartawan, mereka itu hanya nak melingkupkan kita..

akbpb berkata...

assalammualaikum,
elok la tue biaqkan kapir pijak gambar kita orang islam ini masa kita org2 islam memerintah apa pula akan terjadi kalau mereka memerintah apa yang menjamin mereka tak memijak kepala kita pulak.Ini Hanya Satu Persoalan takda kena mengena sentimen politik.kalau sapa nak bagi pandangan silakanlah tapi biar la membina kita disini bukan nak gaduh...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah atas kesedaran untuk naik keatas kena pijak belakang dan kepala katak macam Zambry buat

Tanpa Nama berkata...

Betul BN dan UMNO pijak kepala rakyat lagi teruk

Tanpa Nama berkata...

DAP pijak gamabar saja tapi BN pijak demokrasi, kehakiman, undang-undang dan kepala rakyat untuk matlamat peribadi mereka

Tanpa Nama berkata...

betapa malunya saya nak kasi simpati atas dasar adun2 katak tu Islam..sbb klu mereka islam mereka tak akan terima rasuah..buat maksiat