02 Disember 2009

Laksamana Cheng Ho, Pelayar Tersohor pada Zaman Silam China

Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.

Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.

Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.

Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-besaran itu.

Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.

Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.

Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.

CRI/-


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB,

ada yg mengatakan Cheng Ho ini juga beragama Islam, benar ke?

Tanpa Nama berkata...

YB, artikel yg sangat menarik tetapi pernahkan kita terfikir akan beberapa perkara berikut:
1) Pernahkah kajian dibuat mengenai kehidupan peribadi Laksamana Cheng Ho (seorang Islam)sebagai sida di istana raja (yg rasanya bukan beragama Islam)?
2) Adakah sida dimestikan di'kasi' dalam mana-mana pemerintahan maharaja China?

Tanpa Nama berkata...

cheng ho pernah dicatatkan sebagai seorang islam kerana perkataan 'ma' pd namanya adlh bersamaan dgn perkataan 'muhammad' dlm bhs arab

Tanpa Nama berkata...

Memandangkan YB berketurunan Cina, benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa wujud maharaja-maharaja China yang beragama Islam. Contoh yang sering diutarakan dalam Maharaja pertama Dinasti Ming.

Unknown berkata...

tanpa nama,

hehehe bila masa plak laksamana cheng ho jadi SIDA? hang paham ka sida tu menatang apa? pada yg berminat cerita cheng ho dari pandangan barat boleh google atai try wikipedia.

anda juga boleh baca sejarah kemasukan islam ke cina dan bagaimana pengaruh etnik hui ini dlm sejarah maharaja2 cina. tapi teman rasa kita hanya tahu terlalu sedikit tentang sejarah islam di cina dan sumbangan org islam cina sendiri dlm keagungan dinasti meharaja mereka.

ILHAM berkata...

Kesihan Laksamana Cheng Ho...dikasi kerana nak bawa Hang Lipo ke Melaka dalam keadaan dara...Haknya sebagai lelaki telah dinafikan oleh maharaja China...Semoga Allah menmcucuri rahmat keatas rohnya...

Tanpa Nama berkata...

Sila baca buku tulisan Gavin Menzies, terdapat 2 buku yang bertajuk "1421" dan "1434". Buku pertama mengisahkan pelayaran Zheng He bersama 4 orang Admiral yang lain mengelilingi dunia, dipecahkan kepada 4 armada yang besar, sehingga ke Amerika Selatan, Artik dan Antartika. Buku ini "tersangat lah mengasyikkan" kerana penuh dengan fakta yang tidak pernah kita semua tahu. Buku kedua mengisahkan pelayaran ke Eropah, hingga kemajuan pada zaman Renaissance dipercayai dari cetusan idea dan kemajuan teknologi dari Cina. Kalau anda pernah ke Tuscan anda akan berjumpa orang orang Itali berambut hitam dan bentuk badan yang kecil, mungkin dari keturunan gundik yang dibawa dari Cina. Very interesting and mind boggling.

SNM berkata...

Cheng Ho adalah suku Hui, di mana suku Hui adalah beragama Islam. Jadi, Cheng Ho dilahirkan di dalam keluarga Islam di China dan setelah dilahirkan, beliau mmg sudah beragama Islam.