02 Disember 2009

HARI INI MENTERI PELAJARAN BERSUARA

Email : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB! Maaf lama xhantar artikel sebab sibuk dengan jaga bapa mertua sakit.

Hari ini tanggal 30 November 2009, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran mahu semua sekolah apabila penggal persekolahan dibuka kelak, mesti pastikan seorang pelajar cukup dengan satu kerusi dan satu meja serta buku2 teks. Perkara2 ini wajib ada bagi semua pelajar dan pihak kementerian pelajaran dan pihak sekolah harus memandang serius perkara ini. HEBAT! MEMANG HEBAT! Ayat inilah yang saya tunggu2 selama ini.

Kenapa saya berkata begitu? Xpayahlah TPM nak tunjuk beliau hero dalam memperjuangkan pendidikan kepada rakyat Malaysia. Kalau setakat kerusi,meja dan buku2 tekstu semua dah ada. Kenapa tak beritahu 1 Malaysia apa yang tidak disalurkan kepada sekolah mulai tahun 2010? KWAMP, SUSU SEKOLAH, SBT BAUCER TUISYEN tidak diberidah kepada sekolah. Siapa yang rugi? Pelajar2, orang2 susah dan rakyat Malaysialah yang rugi. Siapa yang membuang BUDGETini? Tanyalah si MENTERI PELAJARAN..............Hari ini hak Rakyat DIBISUKAN LAGI.......

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul3x... saya guru sek men, mulai tahun depan bajet sekolah terpaksa dipotong... semua bil sekolah kena tanggung sendiri, bil tu bukan murah... mahal...bajet untuk alat bantu mengajar pun dah xde, kami diberi arahan menggunakan duit gaji untuk sediakan semua tu, maker pen pn kena beli sendiri..belum lagi bajet lain yang akan dipotong..pendidikan penting..tapi sekarang..cikgu dan sekolah hanya lah boneka semata-mata

Tanpa Nama berkata...

HABISLAH ORG KG MCMNI. TAPI ORG KG JUGAKLAH YG DOK PANGKAH DEPE. DPT BERAS,GULA FREE TERUS PANGKAH BN. LANI TERIMALAH........

Tanpa Nama berkata...

lagi sebulan je nak buka sekolah baru nak bising2...tak ada perancangan awal ke...
setakat buku teks tak payah lah cakap sbb memang ibubapa kena beli...

mana pergi duit income kami.....kenapa tak salurkan bantuan buku teks / kerja utk semua pelajar...

tiap2 tahun ibubapa kena beli baru sbb semua tukar buku baru..

Tanpa Nama berkata...

1 Mlaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan....piiiiiiirah

Tanpa Nama berkata...

SEBELUM CUTI SEKOLAH BARU NI. SAYA TERBASA SATU PEKELILING BUDGET KEMENTERIAN PELAJARAN YANG DITUNJUKKAN OLEH PENTADBIR SEKOLAH. BANYAK BUDGET PELAJAR YANG DIPOTONG. SAYA TAK SEMPAT NAK HURAI KAT SINI KERANA TERLALU BANYAK. ANTARANYA BAYARAN ASRAMA AKAN DIKENAKAN MENGIKUT STATUS GAJI IBUBAPA.KEGIATAN KOKURIKULUM KENA BERHATI-HATI DISEBABKAN KETIADAAN PERUNTUKKAN.TAPI YANG PELIK PROGRAM MEGA YANG LAIN BOLEH PULAK DIBUAT. ANTARANYA LIMA LANGKAWI YANG TIDAK ADA APA-APA FAEDAH UNTUK ORANG KAMPUNG YANG TINGGAL KAT HULU SEPERTI KAT BALING KEDAH.HARAP-HARAP 1MALAYSIA PERHATI SIKITLAH BENDA-BENDA MACAM NI.

akulajuki berkata...

Hah eloklah tu kalau budget sekolah dikurangkan terutamanya budget koko, jadi tak payahlah guru-guru balik tengahari kemudian datang plak petang untuk koko, buang masa sahaja. Penglibatan murid sekolah rendah dalam koko contohnya tidak diambil kira sangat untuk pertimbangan ke SBP tetapi kabel yang penting.

Kalau dah budget untuk pendidikan pun kerajaan dah kedekut maka mana datangnya pendidikan bertaraf dunia yang diwar-warkan selama ni? Tetapi jika difikir-fikirkan mengapa jadi macam ni? mungkin zaman PPSMI (e-Tems) dulu banyak mumbazir kot? Laptop yang dibekalkan kepada guru-guru banyak yang disalahgunakan, belanja untuk pelbagai peralatan ICT yang akhirnya tidak digunakan sepenuhnya di sekolah banyak mana.

Masa duit banyak mewah sangat kot? sekarang bila dah pokai mulalah buat hal potong sana potong sini. Atau KPM nak jimat takut kalah dalam kes kematian pelajar di Kuala Dipang ari tu???? 100 juta beb, banyak tu.

Nampaknya pegawai-pegawai di kementerian, JPN dan PPD kering gusi lah tahun depan dah tak bolehlah lagi nak buat program sandaran sambil makan angin ke Indonesia naik AirAsia.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah tak dak duit, batal saja ladap.tak de apa faedah.kalau attend ladap pun ptk dapat paling-paling 3.kursus ladap tak boleh meningkatkan prestasi.membazir masa dan tenaga. ptk menipu kakitangan kerajaan. orang-orang yang dapat ppsmi dah lama kenyang.

Tanpa Nama berkata...

hari ini 02 Disember 2009, melalui program kembali ke sekolah kerajaan Selangor umum bantuan 700 beg sekolah utk setiap DUN Selangor bagi bantu keluarga miskin / pendapatan kurang rm1500 sebulan..

kerajaan umno-bn beri apa....air liur je...