27 November 2009

Jangan politikkan bantuan banjir di Kelantan !

Cina Islam menulis....

Kerajaan pusat mengumumkan memperuntukkan hampir RM1 juta kepada mangsa banjir di Kelantan khusus untuk membantu meringankan beban mereka.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata peruntukan berkenaan antara lain melibatkan bekalan makanan di pusatpusat perpindahan.

"Setakat ini bekalan makanan bagi pusat perpindahan tiada masalah, bekalan mencukupi. Cuma mungkin mangsa banjir mahu menunya ditukar," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat perpindahan banjir di sekolah Kebangsaan Gual Tinggi,Rantau Panjang semalam.

Saya sebagai salah seorang anak kelahiran Kelantan sangat berterima kasih dengan bantuan yang disalurkan itu dan diharapkan dapat mengurangkan dan meringankan bebanan kehiduoan dalan keadaan musibah yang tidak diundang itu.

Namun dalam sanubari saya tetap mempersoaalkan kemanakah sebenarnya bantuan tersebut disalurkan, adalah hanya disalurkan kepada semua rakyat tidak mengira bulu dan kelompok politik.

Saya berani bercakap sedemikian kerana sebelum ini saluran bantuan oleh JKM dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disalurkan mengikut bulu dan hanya disalurkan kepada puak-puak yang menyokong BN sahaja.

Bayangkan betapa sakit hatinya kalau bantuan banjir pun sempat dipolitikkan di Kelantan seperti satu masa dulu.

Harap-harap sekali ini tidak lagi....




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampak perbezaan bantuan banjir dijohor 2007 terlalu besar dan untuk pantai timur terutama negeri Kelantan ciput aja,kerajaan pusat jangan aniaya orang tak berdosa