27 November 2009

KEMELUT BOLA : ZAHID JUGA GAGAL

Kenyataan Media (25 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hairan dengan teguran daripada bekas Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kemelut hutang lapuk Persatuan yang pernah beliau tinggalkan dahulu.

DPPN Pk mempersoalkan Datuk Seri Zahid yang cuba mengajar Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan tanggungjawab sebagai Presiden. Beliau yang pernah dipertanggungjawabkan memegang jawatan tersebut dahulu tidak pula dipersoalkan oleh pengurusan yang baru kini.

DPPN Pk meminta Datuk Seri Zahid bertanya dengan Bendahari yang dilantik beliau semasa menjadi Presiden ketika itu. Berapakah hutang lapuk yang ditinggalkan oleh bekas Presiden-Presiden yang lalu apabila beliau memegang jawatan Presiden ketika itu. Khairy Jamaluddin yang pernah dilantik oleh Datuk Seri Zahid ketika itu sebagai Bendahari tentu mengetahui jumlah hutang lapuk tersebut. DPPN Pk mempertikaikan, apakah usaha Datuk Seri Zahid untuk menyelesaikan hutang-hutang lapuk tersebut.

Jesteru, DPPN Pk mengingatkan Datuk Seri Zahid supaya mencermin dahulu prestasinya semasa menjadi Presiden terdahulu dan jangan membuat kenyataan yang menyebabkan penyokong, peminat dan rakyat Perak kecewa dengan beliau seperti mana peranannya semasa menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak dahulu.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Tiada ulasan: