Sebanyak 99% produk makanan China yang dieksport ke luar negara memenuhi piawaian pemantauan terhadap seluruh proses pengeluarannya dan sistem jaminan keselamatan import-eksport makanan. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Pemantauan, Pemeriksaan Kualiti dan Kuarantin Negara, Wei Chuanzhong di Ningbo, provinsi Zhejiang semalam.
Jabatan berkenaan mengundang diplomat-diplomat daripada lebih 20 buah negara termasuk A.S., Rusia dan Mesir mengadakan kunjungan 4 hari ke premis penyelidikan jabatan itu dari 30 haribulan lalu. Mereka berkunjung ke 9 makmal yang lain di bahagian timur China serta 8 buah syarikat pengeluar makanan, pakaian dan automobil.CRI/-
Jabatan berkenaan mengundang diplomat-diplomat daripada lebih 20 buah negara termasuk A.S., Rusia dan Mesir mengadakan kunjungan 4 hari ke premis penyelidikan jabatan itu dari 30 haribulan lalu. Mereka berkunjung ke 9 makmal yang lain di bahagian timur China serta 8 buah syarikat pengeluar makanan, pakaian dan automobil.CRI/-
4 ulasan:
Siapa Wakil Malaysia ?
aku tak berapa yakin terhadap produk makanan dari negara China walaupun ia ikut 100% piawaian yang tepat, lihat sahajalah produk ubat-ubatan banyak yang palsu walaupun produk itu telah masuk dalam Malaysia dan melabelkan produk yang halal, kalau kita lihat siaran rancangan iklan negara China seperti CCTV, phoenix, he bei tv, tvbs, beijing tv dll banyak iklan tentang ubat dan juga produk makanan. Negara China mengiklankan produk yang baru lepas itu mencapai enam bulan dan setahun baru masuk Malaysia contohnya iklan ubat rambut duta adalah Jackie Chan tahun lepas siaran iklan tv China pun sudah ada.
Pandangan saya, produk dari China sama ada makanan dan barang kegunaan semasa sememangnya tak berkualiti. Kebanyakkan barang-barang mereka tidak bermutu dan akan mengakibatkan kadar lambakan sampah yang terlalu tinggi serta pembaziran. Lihat sahaja barangan RM2, barang-barang ini hanya dapat bertahan lebih kurang 2 bulan sahaja dan kemudiannya menjadi sampah. Begitu juga dengan kenderaan, contohnya motorsikal Comel yang hanya boleh digunakan hanya selama 3 bulan! Apa akan berlaku bila lambakan sampah ini bertambah dari masa ke semasa, sudah tentu kerajaan perlu menambah kos bagi pembuangan sampah.
barang dan makanan buatan malaysia lagi bagus...
.barang china mnyebabkan sampah lagi bertambah..
jangan fikir murah jew....
Catat Ulasan