06 Disember 2009

MAHKAMAH PERSEKUTUAN GANTUNG KEPUTUSAN MB SAH: PELABUR MAKIN TAKUT BERLABUR KE PERAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) bimbang dengan kelewatan pengumuman pengesahan Menteri Besar Negeri Perak yang sah oleh Mahkamah Persekutuan yang sudah hampir sebulan. Kelewatan ini jelas menyebabkan kemerosotan pelabur-pelabur besar untuk membuat pelaburan mereka di Negeri Perak kerana tidak yakin dengan suasana iklim politik Negeri Perak yang tidak menentu.

DPPN Pk merayu agar keputusan kes Menteri Besar Perak ini dibuat segera kerana derita rakyat Negeri Perak yang masih menunggu keputusan tersebut jelas memberi impak negatif dari sudut ekonomi. Bagi DPPN Pk, hak sebagai rakyat mesti diutamakan didalam keputusan yang bakal diumumkan. Rakyat sudah pasti akan menghormati Institusi Kehakiman jika semua proses yang telah dicapai berpandukan kepada keluhuran Perlembagaan.

DPPN Pk yakin keputusan yang akan diumumkan nanti akan memastikan pentadbiran kerajaan negeri kembali pulih dan rakyat Negeri Perak akan meneruskan agenda yang selama ini terhenti. DPPN Pk juga yakin semua pihak akan menerima sebarang keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. DPPN Pk akan terus memperjuangkan hak rakyat berpendukan prinsip kebenaran dan juga keadilan.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau benda yg sahih dan ada termaktub dlm perundangan sudah tentu keputusan boleh dibuat dlm masa sehari/seminggu..perkara berdolak dalik ni lambang kecetekan para pemerintah negara yg ada kepentingan..mmg x ada ketelusan