5 Muharram 1431H
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemimpin Umno yang menjadi Menteri Pertahanan ketika berlakunya kehilangan enjin jet Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku bukan membuat penafian begitu sahaja.
Pemimpin berkenaan juga perlu bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan peledak C4 oleh dua anggota polis ketika meletupkan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, sehingga hancur berkecai kerana ia biasanya digunakan tentera bukannya polis.
Demikian kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
"Sebagai menteri beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kedua-dua kejadian ini, beliau mesti menjawab secara rasmi, dengan kenyataan bertulis dan disertakan dengan sokongan-sokongan bukan hanya melalui penafian dan sumpah semata-mata," kata Dr Lo' Lo'.
Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua peristiwa penting ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa yang begitu jelas dan menimbulkan tanda tanya.
Dr Lo' Lo' dipercayai mengulas peristiwa kehilangan sebuah enjin jet pejuang F-5E milik TUDM yang berharga lebih RM50 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan tidak berniat untuk menutup hal itu.
Beliau berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan telah membuat laporan polis sebaik sahaja perkara itu diketahui hujung tahun lepas.
Ketika peristiwa kehilangan enjin jet itu berlaku, Menteri Pertahanan adalah Najib sendiri.
HarakahDaily.Net/-

11 ulasan:
Berapa besar agaknya enjin pesawat tu? La apa pasal pula polis guna C4? Sepatutnya tenteralah yang guna masa berperang! Ni diguna buat bunuh pompuan cun tu lepas diguna.
Lagi besar lagi mahal kalau lelong kat keling botol. Sama saja pencuri besi buruk dengan pencuri besi baru. Darjat saja berbeza!!! Oh Malaysia ku!!!
ada org umno kata apa sangatla enjin pesawat tu. depa kata balak lagi banyak hilang. sebenarnya bila umno kata mcm tu telah mendedahkan perangai umno sendiri. mcm mana lg rakyat nak percaya dengan umno BN ni.
Rasa-rasa bukan setakat enjin pesawat pejuang dengan C4 je hilang, banyak lagi kelengkapan ketenteraan lenyap di dalam inventori ATM. Sebagai contoh dulu ada bekas pegawai tinggi tentera didapati menyimpan pelancar roket dan pelbagai senjata di rumahnya selepas bersara.
Jadi wajar diwujudkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat inventori ATM terkini. Bimbang kekuatan ketenteraan kita hanya seumpama kekuatan Kerajaan Manchu diakhir pemerintahannya; banyak penyelewangan kelengkapan ketenteraan menyebabkan kerajaan Manchu tewas dengan angkatan tentera asing.
Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu wajar bertanggungjawab di atas perkara ini.
enjin jet takleh jaga, ni kan nak jaga negara...
tanah kena rompak, diaorg tau ker???
or buat2 xtau...
jadi la anak jantan....
da jadi menteri pertahanan, tak nak tanggung jawab apa yg berlaku pada pertahanan negara...
hidup jgn nak bermuka2, rakyat da meluat...
cakap tak serupa bikin...
lepas ni ada la kambing hitam yg taraf2 anak bilis yg akan di dakwa kes ni...
RM 50 juta, bukannya 50 sen...
ko pikir senangkah mo jg org..? baik jg kambing!!
Kata najib, kerajaan/dia tidak berniat untuk menutup hal ini dan laporan polis telah di buat sebaik sahaja kehilangan enjin tu disedari.Kepala hangukkk engkau....kejadian berlaku tahun 2007, kenapa hujung tahun 2009 baru rakyat tahu. Itupun bukan sebab didedahkan tetapi terdedah sebab 'bangkai' tak boleh nak ditanam atau diletupkan dengan C4, besar sangattt...Apa yang polis ngan tentera buat selama 2 tahun lebih??? Makan gaji buta ke? atau membuta?? atau dibutakan??. Dasar pemimpin yang tak amanah. Macam ni punya golongan pun ada rakyat yang pilih. Bodoh sungguh!!! Gentleman la sikit..Hidup cara haram tak kemana paling tinggi dapat tahun subsidi @ 60-80 thn, lepas tu bye bye seksa lah kamu didalam tanah kubur kamu sendiri...- BPayong69
jawap la kamu diakhirat nanti, kawe x halal dunia akhirat
Susahlah macam ni...aku nak dapat sepuluh ringgit sehari pun susah dia orang senang2 cari duit..makan lah weh harta lagu nih lani senang lagi atah dunio esok berasap punggung kena bakar dek api naraka...Takbiiirrrr..ALLAHUAKHBAR....
ADA TAK KAPALTERBANG KITA
TIBA TIBA HILANG ?
"PERGI BERTIGE - BALIK BERDUE"
DAH KENA JUAL...KOT
Pembohongan dan sikap melepaskan tangan si-najib menunjukkan kualiti kepimpinan yang kita ada. najib jelas gagal mencapai KPInya. kalau dia orang yang ada harga diri, dia letak jawatan kerana malu yang amat sangat.
Kepimpinan kerajaan menyerahkan segalanya kepada Polis utnuk menyiasat. Kalau kes kehilangan budak pun PDRM tidak boleh selesaikan, apalah yang kita boleh harapkan kepada mereka untuk menyelesaikan kes CURI (bukan HILANG)ini.
Marilah kita berdoa supaya negara kita mendapat kepimpinan yang jauh lebih baik dari apa yang kita ada sekarang demi kesejahteraan kita dan anak cucu kita.
sri hartamas
Catat Ulasan