03 Disember 2009

[Fikrah Islamiah] Najib dan UMNO tidak harus takut doa Nik Aziz

Ahmad Baei Jaafar

Membaca laporan surat khabar hari ini, 30 November 2009 saya berasa lega dengan sikap Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mahu meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang mahu berdoa supaya Allah memusnahkan masa depannya. Malah Perdana Menteri itu secara matang berkata mahu mencari penyelesaian dengan cara yang baik.

“Apa pun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri terkutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan oleh Islam,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM 2009).

Tanpa mempertikaikan kebenaran laporan Utusan Malaysia itu, Najib seharusnya tidak berasa bimbang dengan doa Nik Aziz itu jika beliau merasai bahawa tindakannya itu benar. Apatah lagi Menteri Besar itu belum lagi berdoa, sebalik berkata akan berdoa jika Najib berniat jahat dalam memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Saya percaya Najib dan seluruh orang UMNO yang memahami ajaran Islam sudah pasti sedia maklum bahawa doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah. Menyedari keadaan itu mereka sudah pasti berwaspada dan berhati-hati supaya tidak terjebak dalam menzalimi orang lain apatah lagi orang Islam. Jadi, kalau begitu kedudukannya apa yang hendak dibimbangkan.

Sebenarnya Nik Aziz dan rakyat Kelantan boleh berdoa sebanyak yang mungkin jika mereka berasa bahawa mereka sedang dan akan terus dizalimi. Tetapi Allah yang maha melihat dan mengetahui keadaan yang sebenar akan menilai doa itu sama ada mereka dizalimi atau tidak. Jika benarlah rakyat Kelantan dizalimi, pasti Allah segera mengabulkan permintaan mereka.

Dalam keadaan ini, Najib dan orang UMNO harus menilai semula hal royalti itu sama ada mereka telah bertindak secara zalim atau tidak. Jika mereka yakin dan pasti bahawa tindakan memberi wang ihsan dan tidak memberi royalti itu, tidak menzalimi rakyat Kelantan, tidak perlu dibimbangkan lagi. Sebaliknya jika dirasakan bahawa mereka bertindak secara zalim, bertaubatlah segera dan kembalikan hak mereka sebelum rakyat Kelantan berdoa.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan tindakannya mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO jika kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan. Malah beliau sanggup berhadapan dengan cemuhan ulama lain.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membidas tindakannya itu mungkin tidak mendapat maklumat yang tepat, mengapa isu ini ditimbulkan. Saya percaya, jika beliau tahu pasti dia juga menyokong kerana dengan kenyataan itu membuatkan kerajaan pusat akan berfikir dan menilai semula tindakannya.

Selain itu Naib Presiden UMNO, Datuk Hashamuddin Hussein yang menganggap kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, mungkin merujuk kepada tindakan seorang yang dianggap ulama terhadap umat Islam sendiri. Tetapi kalau dia merujuk kepada tindakan seorang pemimpin dalam menjaga hak kepentingan rakyat yang dizalimi pasti dia juga akan mengatakan wajar dilakukan.

Rasanya kita semua tahu sejarah Rasulullah semasa Taif, tatkala orang Taif menolak dakwah Baginda, dibaling dengan batu sehingga luka dan patah gigi, Baginda tidak bertindak mendoakan kemusnahan mereka. Walaupun telah ditawarkan oleh malaikat untuk menghempap mereka dengan gunung, Baginda sebaliknya berdoa, “Ya Allah beri petunjuk kepada kaum aku kerana mereka tidak tahu”.

Rasulullah tidak bertindak menghukum seseorang kerana kepentingan diri sendiri. Tetapi Baginda akan bertindak jika atas kepentingan rakyat umum. Dalam peperangan Khandak, Baginda berasa kedudukan umat Islam agak tertekan, kalau tatkala itu umat Islam kalah, nescaya tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah Allah. Maka ketika itu Baginda berdoa kepada Allah agar membinasakan tentera Ahzab.
Jadi, dalam keadaan ini, semua umat Islam sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata harus merujuk kepada ajaran Islam dan sejarah silam dalam mengatur hidup ini. Semoga kehidupan kita pada masa akan datang tidak ditimpa bala bencana lagi.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bahan maklumat harian Mufti Perak; Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku, Radio TV Meloya, Blog 1Meloya Najis dan F***book Zambry Mamak. Camna la nak dapat maklumat yang seimbang..bukak minda sikitlah..apa sangatla jawatan Mufti tu..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,saya menyokong 100% doa yang diminta kepada Allah SWT OLEH Tok Guru Nik Aziz untuk memusnahkan masa Najib dan UMNO jika mereka tidak memeberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan bukan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang sudah tentu dapat menyeyangkan perut para pemimpin Umno Kelantan. Tambahan pula,Umno dan BN banyak melakukan kezaliman kepada rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malysia amnya. Mudah mudahan doa Tok Guru Nik Aziz dimakbulkan oleh Allah SWT.Amin..........

akuumnobangang berkata...

mampus umno dan kezaliman mereka dari dulu kini dan selamanya

amin

Tanpa Nama berkata...

Artikel ini bagus memberi sindiran tajam kepada Najib dan UMNO. Kalau mereka tak sedar juga, terus menzalimi Kelantan, akan terkabul doa kita orang yang dizalimi.

Tanpa Nama berkata...

ayuh ajib doalah balik kat tok guru,bukan kena bayar..takut apa...oooh takut tak dmakbulkan

Tanpa Nama berkata...

jom kita berdoa bersama2 spy golongan yg cuba terus menerus melakukan kezaliman ini dilaknat oleh Allah S.W.T...jgn biarkan mereka berkuasa dgn kezaliman..
Nabi S.A.W b'sabda: "Awaslah kamu drpd dosa2 yg tidak dpt diampunkan, iaitu ghulul (merampas hak). Maka siapa mengambil sesuau dgn cara ghulul, dia akan memikulnya pd hari kiamat"

Tanpa Nama berkata...

bukan shj rakyat kelantan akan berdoa seluruh rakyat selain kelantan turut berdoa sebagai rasa simpati terhadap nasib rakyat kelantan yang terus menanggung kezaliman.

LEBAI KAMPONG berkata...

KAN LEBIH BAIK
UMNO BUAT MAJLIS
SEMBAHAYANG JUMAAH
DOA SELAMAT
TOLAK BALA'

BERZIKIR
BERISTIGHFAR
BERTAHMID
BERWIRID

MUDAH MUDAHAN
DAPAT PERLINDUNGAN ALLAH
DAPAT TAUFIK HIDAYAT

HARAP SEMUANYA
POSITIF LAH ...!!!