03 Disember 2009

PIJAK GAMBAR KATAK LOMPAT: SIAPA AJAR BAKAR GAMBAR?

Kenyataan Media (1 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup hairan dengan ulasan akhbar berkaitan pimpinan DAP menggunakan gambar 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi bebas sebagai alas kaki menjadi isu yang sahaja dibesarkan untuk memburukkan Pakatan Rakyat (PR). DPPN Pk mempertikaikan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang jelas menambahkan kemarahan rakyat dengan membakar gambar Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang semalam semasa himpunan haram yang di anjurkan oleh mereka.

DPPN Pk kesal dengan tindakan menggunakan gambar seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri dan juga Ketua Menteri yang dipilih oleh rakyat menjadi bahan untuk dibakar gambarnya adalah perbuatan biadap. Jika pimpinan DAP yang dikatakan tidak pernah menyertai kursus Biro Tatanegera (BTN) hanya menggunakan gambar 3 ADUN ‘katak lompat’ tersebut sebagai alas kaki dipertikai, bagaimana pula dengan Pemuda UMNO / BN yang pernah menyertai BTN pula menggunakan gambar tersebut untuk dibakar adalah amat pelik dan menunjukkan sikap kebencian adalah jelas.

DPPN Pk meminta agar pengamal media supaya tidak mengamalkan sikap “double standard” di dalam melaporkan berita yang menyebabkan rakyat tidak akan menerima lagi maklumat atau berita yang akan dilaporkan. Rakyat yang dahagakan sumber maklumat dan berita yang telus serta benar akan mencari alternatif sebagai kebenaran yang perlu diperjuangkan.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasalah....

bila dari PR semua salah..tak bole

bila dari umno-bn semua betul..bole...bole blah

Tanpa Nama berkata...

dah memang sejak azali lagi itulah perangai umno/BN. mencari modal utk dijadikan isu yg memang dibenci oleh rakyat. Tahniah kepada DAP! kalau nak ikutkan hati yang marah pada 3ekor katak ini bukan setakat pijak, bakar hidup-hidup pun rakyat Perak sanggup. Cuma penyokong umno sahaja yang bela kepada pengkhianat bangsa ini

Tanpa Nama berkata...

pendapat awak sendiri,bukan mewakili RAKYAT PERAK keseluruhanya!!Orang UMNO bela atas ke manusian,atas maruah bangsa.AWAK Orang PAGAN lain lah,tak mustahil awak tak ada perasaan.

Tanpa Nama berkata...

begitu lah sifat umno...
nak bela manusia yg serupa haiwan...makan benda tak kisah halal haram

Tanpa Nama berkata...

baik bakar dari pijak ....

Raziq Najab berkata...

PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN!!!

Tanpa Nama berkata...

kalu aku nak jer kencingkan gambar 3 eko berok tuhhh..memang dasar amno sayangkan benda haram !!!!!