03 Disember 2009

KEMELUT HUTANG LAPUK BOLASEPAK: KERAJAAN LEPAS TANGAN

Kenyataan Media (1 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Perak yang tidak membantu dan juga memberikan jaminan untuk membantu Persatuan Bolasepak Negeri Perak berkaitan hutang lapuk sejak tahun 2006 yang masih belum diselesaikan bagi melayakkan Pasukan Bolasepak Seladang Perak menyertai Liga Super tahun hadapan.

DPPN Pk kesal kerana Kerajaan Negeri bersikap lepas tangan bagi membantu Persatuan Bolasepak Negeri untuk memastikan Pasukan Bolasepak Negeri layak menyertai Liga Super musim baru ini. DPPN Pk berharap pihak Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dan berharap supaya diadakan pertemuan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Malah DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membuka Tabung Khas bagi membantu Persatuan Bolasepak Negeri untuk meneruskan agenda pembangunan bolasepak Negeri ini. Contoh yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Kelantan dan juga Kedah ini mesti dicontohi bagi memastikan pembangunan bolasepak akan terus dimertabatkan tanpa sentimen politik.

Jesteru, DPPN Pk menyeru Kerajaan Negeri segera menyalurkan bantuan kewangan bagi merealisasikan Pasukan Bolasepak Negeri untuk terus cemerlang di arena bolasepak tanah air kita.


ZAIRUL AZRUN ZAINAL ABIDIN
Bendahari,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

8 ulasan:

A.Zawawi berkata...

sejak bila PAS jadi pembela/pejuang bola sepak pulak ni..
sila tumpu pada asas perjuangan asal..jangan nak berjuang secara pukal aje...

Tanpa Nama berkata...

Pemuda Pas, sila tumpu pada asas perjuangan sebenar...janganlah berjuang secara pukal borong saja...

Tanpa Nama berkata...

setakat ni dah berapa jumlah kutipan kempen selamatkan PAFA?

insyaAllah, ada lebih sikit ni bole sumbang lagi.

Tanpa Nama berkata...

a.zawawi n tanpa nama 12:22
Pa lah lu, ada je orang nak buat untuk kebaikan hang tentang. Poraaah

Raziq Najab berkata...

PAS 4 ALL !!!

KEBAIKAN UNTUK SEMUA SELAGI HALAL DI SISI ALLAH!!!

Tanpa Nama berkata...

BN memepolitikkan semua perkara termasuk pembinaan tandas awam..

Tanpa Nama berkata...

boleh kome kahborkan kutipan dah berape?

Tanpa Nama berkata...

a.zawawi n tanpa nama 12:22... apa hal lu.. main sedap cakap cakap .. sedar lar hutang yang lama x bayar nie sibuk aje... sedar lar diri ooooiii... cmne sukan nak maju..... apa pun teruskan usaha pemuda pas... kami anak perak menyokong anda Takbir!