08 Disember 2009

Malaysia kalah lagi.

VIENTIANE - Skuad bola sepak negara bertambah sukar untuk ke separuh akhir apabila kalah 1-3 kepada Vietnam pada perlawanan Kumpulan A Sukan SEA XXV Laos di sini, semalam.

Gagal memberi tentangan di babak pertama sehingga membenarkan pasukan lawan memboloskan tiga gol, menyebabkan peluang untuk ke separuh akhir bakal ditentukan pada dua perlawanan terakhir menentang Kemboja dan Thailand.

Itulah nasib dan prestasi pasukan bolasepa negara dalam keadaan pesaing rapat suatu masa dulu, Korea Utara dan Korea Selatan dalam keadaan siap sedia beraksi dalam Piala Dunia 2010 di Afrika, namun pasukan negara terus dirundung malang dan dimalukan lagi.

Sementara itu wartawan malaysia yang berada disana melaporkan penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak 'mengamuk' dengan cuba menyerang pengadil selepas tamat perlawanan Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA XXV Laos yang menyaksikan Malaysia kalah 1-3 kepada Vietnam semalam.

Penyerang kebangsaan itu gagal mengawal kemarahan apabila dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Korea Selatan, Kim Jong Hyeok ketika masa kecederaan babak kedua.

Berang dengan tindakan pengadil melayangkan kad kuning kedua terhadapnya, mendorong Zaquan menerpa ke arah pengadil tetapi sempat dihalang oleh rakan sepasukan.

Namun, sejurus wisel penamat dibunyikan, Zaquan sekali lagi menyerbu ke arah pengadil, dengan diringi oleh rakan sepasukan yang lain.

Malahan, Zaquan kelihatan cuba mengkasari pengadil dengan menolaknya dan suasana semakin kecoh apabila tindakan itu disertai oleh rakan sepasukan yang lain.

Ketegangan yang memuncak memaksa para pegawai di kem Malaysia, termasuk jurulatih K. Rajagobal masuk campur untuk menenangkan keadaan.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagi halim napi jadi pengadil

Tanpa Nama berkata...

Pasti berbondong-bondong alasan akan diberikan oleh pegawai dan pemain dari kekalahan ini. Terimalah hakikat bahawa bolasepak Malaysia sememangnya lemah. Usahlah difikirkan bagaimana nak tewaskan Thai, Vietnam, Myanmar dan Singapura sebaliknya fikirkan bagaimana nak menyekat Laos, Kemboja dan Filipina daripada mengatasi kita dalam tempoh 10 tahun lagi.

Tanpa Nama berkata...

Den setuju kato Ulasan 2 den nak tambah sikit untuk renungan kito bersamo, semuo mangkuk yang ado berkepentingan sekarang kono lopehkan jawatan jangan nak mentekedarah elaun buto yo....tak menureh mengabih boreh rakyat kerana pakai tangkap muat lansung takado kualiti setiausaha FAM cam no dulu mang ai kan main handa laie .......

Tanpa Nama berkata...

senang ajo nak bagi menang.. undilah PAS (PR)!

Tanpa Nama berkata...

bodoh bola msia hampeh cakap besar main mcm kerbau fuckkkkkk fam ambil player kroni je hampeh tuihhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

bola msia kalah lagi fam taik kucing.pecat coach,pecat presiden laaa..tuihhhhh fuck fam

Tanpa Nama berkata...

taraf bolasepak malysia hanya setapak atas timolese.

Tanpa Nama berkata...

BOLA SEBIJI TAK BOLEH JAGO, HAMPEH PUNYO PENJAGO GOL. KAU BERGURU NGAN KAK NGAH KAU NI GULU DAH 21 TAHUN JADI PENJAGA GOL 2 BIJI BOLA TAK PONAH MASUK PUN, BERLEGAR LEGAR TOPI TIANG YO......APO KAU SONYUM YOB. BILO BERMAIN BOLA TONGAH PADANG TEAM 1 MALAYSIA TEMAN TENGOK MACAM NYONYA NGINCHO NAK SUSUN BUAH MAHJONG HAMPEH.......DARI BAWAH SAMPAI KO ATEH BILO BALIK NANTI BUBAR SAJO

Unknown berkata...

hai...ape nak jadi la dgn bola malaysia ni....orang2 yg kt atas tu,sudah2 la....letak la jawatan....maafla,org politik x tak payah la nk tadbir fam....