17 Disember 2009

Ramai kakitangan Risda rasa dipinggirkan

Orang Risda

Saya ingin berkongsi satu cerita yang telah terjadi di Risda yang membuatkan ramai kakitangan Risda berasa seperti telah dipinggirkan oleh pihak pengurusan.

Kakitangan Risda yang telah lama berkhidmat, pernah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang, sentiasa mencapai nilaian prestasi lebih 80% setiap tahun, selalu berjauhan dengan keluarga kerana desakan tugas, pernah diberi tugas menanggung tugas gred 41 sebelum ini malah mendapat sokongan kuat dari ketua mereka tidak terpilih langsung untuk mengisi jawatan tersebut.

Saya yakin bahawa ada ramai kakitangan Risda yang mempunyai kelayakan yang jauh lebih baik dalam semua segi berbanding mereka yang telah diterima untuk jawatan tersebut.

Campur tangan Ketua Pengarah Risda iaitu Dato' Izat Hasan diyakini telah mengganggu proses pemilihan kakitangan baru ini. Jika kata akhir datang dari mulut Ketua Pengarah maka kenapa perlu diadakan proses temuduga dan sebelum itu juga telah diadakan Risda Accessment Center (RAC) yang menelan belanja kira2 RM100,000.

Untuk makluman, Risda adalah satu badan berkanun persekutuan dan menggunakan skim perkhidmatan tertutup iaitu kakitangan RISDA hanya boleh ditukarkan di dalam perkhidmatan Risda sahaja dan tidak boleh sewenangnya ditukar ke agensi lain. Maka sewajarnyalah kakitangan Risda diberi keutamaan untuk meningkatkan kerjaya mereka di Risda.

Maka, jika sebegini yang berlaku dalam semua agensi kerajaan, adakah mutu perkhidmatan akan dapat ditingkatkan. Bagaimana pula pencapaian hendak diutamakan jika kebajikan tidak dijaga. Impaknya pasti akan dirasai oleh rakyat.

HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam yb, senang je cerita ni, kalau yb ada masa yb selidiklah tentang penubuhan risda ni. kalau nak ikutkan pengerusi sendiri sepatutnya bukan terdiri dari bekas wakil rakyat ataupun orang politik. paling senang cerita la, kalau di anak syarikat pun mcm tu jugak, yg sepatutnya naik walaupun prestasi cemerlang tapi dah di silang. adakah seorang yg berjawatan rendah semasa dalam risda bila masuk anak syarikat boleh jadi pengurus koprat? senang cerita bukan risda je yg bermasalah pegawai lain kena ingat, walaupun xdpt naik pangkat, berapa ramai yg kerja dlm sektor kerajaan kontrak atau sambilan ( takde kelebihan pun keje 8-9 jam gak ) ada org nak peduli? sape peduli? cuepacs? puik.. yg tau nak naik gaji, nak bonus yg bawah-bawah? lagi satu saya nak cadangkan pada pihak kerajaan itu pun kalau depa baca la, buat apa membazir buat kursus induksi? yg bolehh membezakan org buat kerja dan tak ialah penilaian. induksi ni semua buang masa, syok sendiri, kalau buat kursus untuk org kampung sy sokong tapi kalau jenis yg buang masa nak berkawad, cari harta karun lar kononnya nak tengok semangat berpasukan baik buat je amazing race. budak zaman sekarang bukannya budak bodoh, kalau dibagi option dan peluang sure tak ramai yg nak keje dlm sector gomen. kenapa? birokrasi, yg berpangkat blagak, yg muda-muda terpaksa tertunduk-tunduk nak sara keluarga nak bayar hutang belajar. org zaman ni nak luahkan perasaan kecewa tu senang je, byk lagi yb-yb yg sudi mendengar keluhan dan tak syok sendiri, bukan golongan bawahan ni tak berterima kasih pada kerajaan, tapi org dlm kerajaan itu sendiri susah nak ucapkan terima kasih atau maaf pada org bawahan... kenapa kerugian selalu berlaku? kerana jurang hormat menghormati dan berterima kasih semakin renggang. kalau kerajaan tak nampak dan masih selesa dengan pandangan sendiri, cukup 50 tahun ni je lah, wait pru13 more then 100 years other government take the places. saya nak tunggu komen orang-orang teranaya. 1 malaysia cant beat 23 million malaysia!