17 Disember 2009

Tidak hadir: Mahfuz, Che Rosli beri penjelasan

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan.

Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat.

Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.

"Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.

"(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,"

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu.

"Saya bukannya lari tugas," katanya lagi.

Kedua-dua mereka juga bercadang menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh Najib sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut.

15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.

Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib. Harakahdaily/-

7 ulasan:

arun dollah berkata...

Setiap yang berlaku itu ada alasan nya.

Tapi ada kah alasan itu munasabah(Reasonable excuse)

Dan adakah ia di terima oleh pengundi nanti.

Tunggu PRU13.

Kalau bole cari lah mereka yang lebe baik dari mereka ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam.
5 Peluang 'depan gol' terbuka luas...tapi tidak dapat di manfaatkan oleh MP PAS dan 10 lagi peluang oleh Pakatan Rakyat yang lain, patutlah mereka di kritik hebat... Penting sangatkah urusan lain itu berbanding dengan menghadiri pengundian bajet tersebut?
Apa sebenarnya kerja sebagai Wakil Rakyat, Ahli Parlimen? Jika urusan lain lebih penting berbanding menghadiri sidang Parlimen.

Perlukah ada kesepakatan menolak bajet dahulu barulah Ahli Parlimen setuju menghadiri sidang, dan perlu sangatkah menggantikan seseorang bagi menghadiri majlis atau menganjurkan majlis pada waktu atau tarikh yang sama dengan hari sidang tersebut?

Saya berharap wakil2 rakyat Pakatan Rakyat jangan hanya pandai menuding jari pada lawan sahaja sedangkan kita di lihat baik sedikit atau sama sahaja dengan mereka.

Melepaskan musuh yang telah lemah dan kehabisan peluru, menyebabkan musuh tersedar akan kesilapan mereka dan akan lebih berwaspada di masa depan dan mengumpul kekuatan dan pastinya tidak akan lagi mengulangi kesilapan tidak hadir dalam sidang pengundian seperti ini. Yang natijahnya amat besar, iaitu terbubarnya parlimen dan terlucutnya jawatan semua ahli Parlimen mereka dan membawa kepada Pilihanraya Umum ke 13!

Semoga peristiwa ketidakhadiran semasa pengundian yg telah melepaskan peluang keemasan utk menggulingkan Be End dan Umno ini tidak lagi di ulangi di masa depan.

Peristiwa ini juga menunjukkan bahawa Najib juga di tolak oleh Be eNd dan Umno sendiri dengan dengan ketidak hadiran lebih 70 org Ahli Parlimen mereka, mungkin mereka tidak bersetuju dengan Najib dan lebih condong kepada Timbalan nya iaitu Muhyiddin? Sama2 kita tengok siapa yang kena...

Tanpa Nama berkata...

yb urusan peribadi pi waktu lai la kut... sidang ni waktu untuk rakyat.....

Tanpa Nama berkata...

zaman dh berubah, dunia dh maju..hp ada, sms ada, email ada, kereta ada, susah sgt ke semua MP2 dr PR ni nk contact n nk kumpul sama2 n berpakat dulu dlm semua isu sblm masuk dlm tiap2 sidang parlimen? cb contact sama2 MP PR bincang isu apa yg nk di bawa sblm sesi parlimen..patutnya MP2 PR boleh buat preparation, muafakat ng semua MP dr PR dlm isu2 yg besar cmni..satu kerugian peluang yg besar cmni dilepaskan..saya susah nk trime alasan 'xtau Pakatan nk tolak bajet tu' dan alasan 'urusan peribadi'..pada pendapat saya, pimpinan atasan PR patut inform awal kt semua MP Pakatan ttg tiap2 pergerakan dlm suatu sidang parlimen..cmni br dipanggil muafakat..sebelum apa2 sidang mula, kumpul sama2 (at least sms), bincang dulu nk ketengah isu apa (dlm skop mslh negara, mslh kwsn parlimen,terpulang sndr kt MP2), baru xjd mslh cmni..nk kuatkan Pakatan kena bergerak bersama berganding bahu (dlm semua hal di parlimen, termasuk gerak kerja, dan perancangan)..ni tak..boleh bg alasan tak tau pakatan nk tolak bajet tu, n ada urusan peribadi..gerak kerja yg lemah dr Pakatan..lain kali pemimpin2 atasan Pakatan kena contact dulu ng semua MP2 Pakatan jika berlaku lg sidang2 yg besar cmni, and maklumkan pada semua MP Pakatan ttg perancangan, tindakan,keputusan, dan pergerakan yg nk diambil..baru x ulang lagi hal2 cmni..ikhlas dari,

anak perak.

Abe NIK GOMBAK berkata...

Takkan YB tak paham lagi tanggungjawab YB adalah hadiri sidang dari mula hingga akhir, kalau ta hadir kena ada MC, lain2 alasan tak boleh diterima. itu dikiran ponteng... kalau lah 5org YB PR tak ponteng.. maka dh tumbang BN. jadi semua YB PR yang tak hadir mesti beri penjelasan kepada rakyat, Buat Sidang Akhbar, bagi penjelasan kepada rakyat. Takkan kita hanya tahu MENGATA kt BN je, sedangkan kita pentingkan hal lain drp t'jawab hakiki.

Tanpa Nama berkata...

dulu sanggup dtg parlimen utk sokong kenyataan tok guru supaya ust nasa meletak jawatan, tak kan skg tak sanggup dtg parlimen utk jatuh kan najib....bg macm2 alasan yg tak munasabah

Tanpa Nama berkata...

naib presiden pun tak tahu ada undian? pelik...pelik ...pelik..