18 Muharram 1431H
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan.
Katanya beliau telah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undangundang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan.
"Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?," katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotongroyong bersamasama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini semalam.
Sebelum ini katanya beliau tidak pernah mengambil tindakan undangundang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacammacam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya.
"Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak," katanya.
Zambry berkata akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah sematamata," katanya. BERNAMA
mStarOnline/-

5 ulasan:
Silakan..gendang perang sudah di palu ayuh maju kegelanggang..kiata lihat siapa yang kena..
Di Persilakan kalau Allah sukakan kita insyaalah makhluk tuhan yang ada di muka bumi dan diangkasa pun sukakan kita tp kalau Allah tak suka kita makhluk -makhluk di muka bumi dan angkasa ini pun benci kita. Tengok Datuk Seri Nizar banyak org suka tak macam Zamri tengok wajah dia pun tiada selera itulah bezanya org yg hatinya ikhlas dan kotor. Manusia melihat secara lahir Allah melihat secara zahir dan batin. Buatlah zamri kalau org yg tawaduk org fitnah dia sabar org sombong ini lain perangainya baru kena kutuk dah marah. Itu baru jadi mb haram belum lagi mb yang halal. Jadilah org yg Allah sayang barulah kita sayang pada org tu dengar suara nya pun seronok . sekian
Zamry sifatkan artikel itu sebagai fitnah yang keterlaluan dan tidak mengikut etika kewartawanan! Bagaimana jika pihak akhbar berkenaan ada bukti kukuh untuk dibentang dalam mahkamah nanti?
TAK PAYAH SAMAN2 LE.. JIMATKAN PERBELANJAAN
DUIT KAMI JUGAK TU.
SIMPAN LE SAMAN HANG TU.MENGABISKAN BORAS JO.
adakah syarikat suara keadilan sebanyak duit itu untuk bayar saman, lucu betullah tunggulah lagi 10 tahun...taktik paling singkat nak dapat duit tetapi tak berani macam pemimpin lain ambil rasuah.
Catat Ulasan