18 Muharram 1431H
GEORGETOWN, 3 Jan: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mensasarkan sejumlah 10 juta pelancong yang akan mengunjungi negeri ini menjelang tahun 2014 yang akan datang.
Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, statistik kemasukan pelancong ke Pulau Pinang meningkat daripada 5.2 juta orang pada 2007 kepada 6.3 juta pada tahun 2008.
"Jumlah ini akan meningkat lagi apabila Kempen Tahun Melawat Pulau Pinang 2010-2012 dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk mengunjungi Pulau Pinang.
"Peningkatan mendadak para pelancong adalah pada bulan November dan Disember sempena dengan musim cuti sekolah dan kepelbagaian aktiviti dan program yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi menarik kehadiran mereka ke sini.
"Tahun Melawat Pulau Pinang 2010-2014 yang bertemakan 'Penang Has It All' ini akan berjaya menarik pelancong ke sini dengan kemudahan yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri.
"Disamping itu keunikan pulau ini yang telah dipilih oleh British sejak 200 tahun yang lalu membuktikan bahawa negeri ini mempunyai daya tarikan sebagai sebuah negeri pelancongan," katanya.
Menurut Lim lagi kemasukan para pelancong ke negeri ini bukannya untuk kepentingan industri pelancongan semata-mata tetapi ia juga dapat memberi banyak manfaat kepada seluruh rakyat negeri ini.
HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:
pulau pinang sebagai destinasi tempat pelancongan tetapi tak sesuai lagi untuk pembangunan perumahan untuk penduduknya selagi nama tempat sebagai pusat pelancongan, kalau sesuai pun gelan tanah dan gelan rumah telah beli dan dicopkan oleh pemilik warga asing bukan lagi rakyat tempatan.
dada
Catat Ulasan