05 Januari 2010

DI MANA AHLI PARLIMEN BN PADANG RENGAS?

18 Muharram 1431H
Email : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

HATI INI BEGITU TERPANGGIL UNTUK MENYUARAKAN RASA HATI YANG LULUH BILA MELIHAT SEBUAH SURAU DI KAMPUNG GAPIS PADANG RENGAS PERAK SELEPAS PERAK HANJOONG SIMEN ATAU SEKARANG LEBIH DIKENALI SEBAGAI YTL TINGGAL RANGKANYA SAHAJA. BEGITU JUGA DENGAN RUMAH2 PENDUDUK BERDEKATAN DENGAN SURAU. GAMBAR2 YANG SAYA SERTAKAN INI SEBAGAI BUKTI AKAN SEGALA KEBOBROKAN DAN KEGELOJOHAN BN YG KONONNYA MENJADI HERO DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM.

LIHATLAH 1 MALAYSIA, SURAU SENDIRI SANGGUP DIROBOHKAN UNTUK MEMBUAT PROJEK KERETAPI. BUKANNYA TIADA TEMPAT LAIN UNTUK DIBUAT JALAN TERSEBUT, SURAU SENDIRI DIKORBANKAN DEMI BN. DALAM MEDIA HARI INI HEBOH PM NAK JUMPA YANG DIPERTUAN AGONG NAK BAWA ISU KALIMAH ALLAH YANG HEBOH DIPERKATAKAN SEKARANG. KENAPA TIDAK DIBAWA ISU SUARU KAMPUNG GAPIS INI? MANA AHLI PARLIMEN PADANG RENGAS DARI BN IAITU DATO NAZRI AZIZ? HERO DALAM PARLIMEN UNTUK BERDEBAT KONONNYA............. DEBATLAH SEKARANG DENGAN PENDUDUK KG GAPIS DIPARLIMEN ANDA. LIHAT SENDIRI BUKAN SAHAJA SURAU DIROBOHKAN MALAH RUMAH2 PENDUDUK YG ADA BERDEKATAN JUGA SAMA MENYEMBAH BUMI.

MENURUT KAIN RENTANG YG TERGANTUNG DAN KATA2 PENDUDUK DISITU, PAMPASAN YG DIBAYARPUN TIDAK SETIMPAL, TAPAK RUMAH SEBAGAI GANTIPUN TIDAK DISEDIAKAN. LIHATLAH GAMBAR2 YG SAYA SERTAKAN INI SEBAGAI BUKTI. SESUNGGUHNYA SURAU DAN RUMAH RAKYAT SANGGUP DIROBOHKAN INIKAH YG DIKATAKAN RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN? KEPADA MEREKA YG BERAGAMA ISLAM YG MASIH SETIA DGN BN, BUKALAH FIKIRAN DAN MINDA ANDA. TINGGALKANLAH BN JGN NANTI BILA DAH KG TERGADAI SEPERTI PENDUDUK KG GAPIS INI BARU HENDAK BERTINDAK. FIKIR2KANLAH....WALLAHUAKLAM...........

ANAK KOMANDO REJIMEN 1





13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GAMUDA ada bau-bau bacang dengan Istana Perak. Apalah orang kampung ini ada untuk menyekat kebobrokan ini. Projek ini bukan sahaja memberikan kemusnahan teruk pada alam sekitar tapi melenyapkan warisan rakyat yang telah dipertahankan sejak lama dulu.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH ANAK KOMANDO REJIMEN 1 ATAS PENDEDAHAN INI

ZAMAN berkata...

Assalamualaikum YB,maklumat yang YB dapat tu mungkin tak berapa betul, itu kampung saya, sebenarnya sebelum roboh surau lama surau baru telah pun didirikan, dan sekarang orang kampung bersembahyang disurau baru, tentang pampasan pembinaan jalan keretapi tu saya no komen sebab kena tanya yang punya tanah itu sendiri.

anak perak hanjoong berkata...

surau xkira lama manapun kena pertahankan. Di Melaka jika nak dibina yg barupun runtuhan yg lama ditanam dibwh runtuhan yg baru agar yg menderma dpt pahalanya berterusan. Kat mana surau baru? setau bapa saya yg duduk berdekatan tiada dibina. Saya dah pi tengok sendiri dan lihat sendiri serta dgr sendiri. Bukanni saja PERAK HANJOONG juga jatuh pada YTL kerana apa? cuba tanya khairi jamaludin. Buka blk lipatan sejarah demontrasi pekerja2 perak hanjoong. Jadi bagi encik zaman kena peka sikit perkara ini.

ZAMAN berkata...

Kepada anak perak hanjoong, kalau tak tau ape2 jangan bercerita, kamu tau ke kampung gapis tu kat mana? kalau tak tau mari saya tunjukkan, walaupun saya penyokong Pas, tapi saya tak suka lah buat fitnah kesana sini, perpindahan surau lama kesurau baru telah dibuat masa zaman pemerintahan Pas lagi dan surau itu dengan rasminya telah diguna pada bulan ramadan yang lalu, kenapa pula orang kampung lain menyibuk urusan dikampung lain sedangkan orang kampung sendiri elok je berpakat.

Tanpa Nama berkata...

betul tu cik zaman kengkadang ada maklumat yg tak berapa tepat...dari maklumat yg saya baca di sini tentang hal pampasan tu sepatutnya tuan tanah boleh membuat bantahan dgn membawa kes ini ke mahkamah untuk mendapatkan lebih pampasan...tapi malang nya orang melayu bila sebut mahkamah macam fobia pulak...pampasan yg di tawarkan kita ambil dulu kemudian kita buat bantahan tentang panpasan saja...pengambilan tanah akan berlaku tak kira siapa yg memerintah...jgn pulak nanti apabila pakatan memerintah orang lain pulak yg akan memainkan isu pengambilan tanah ini...

Tanpa Nama berkata...

1- Surau nie dia pindahkan disebabkan project landasan berkembar atau project kilang simen YTL. setahu saya project landasan berkembar yg berjalan sekarang.

2- Kerjaan bayar Pampasan rendah? Sepupu saya sekeluarga di kg kedai 2, tidak mendatangani persetujuan pengambilan tanah dengan harga yang ditawarkan. Mereka mahu harga yang lebih tinggi dari yang ditawarkan. Kes telah difilekan di mahkamah. So pengambilan ini bukan 1 paksaan menerima jumlah pampasan yang ditawaran, kalau kita tak setuju bawa ke saluran sepatutnya, Setakat gantung kain rentang kat pokot tu ingat dorang nak bawak kes tu keatas ker..

3- ADUN kawasan nie dari PAS. Parlimen dari BN. Apa masalah lagi. Kita lantik dua-dua tu suruh buat kerja untuk kita.. wakil rakyat... kalau mereka tak reti buat kerja next election kita tukar dua dua sekali..

4- Orang kita banyak pandai bercakap tapi tak tahu buat kerja..

Sekian Terima Kasih

Budak kedai Dua..

Tanpa Nama berkata...

jamal nasir mana?lama buat duit jd yb berapa penggal turunlh..sibuk buat duit ajer ..panggil turun jgn nk besokn perut jer..from crocodile village..en.zaman bg byk komen ada apa2ker..?

Anak Kuala berkata...

mike tahu ke berapa pampasan yang dibuat keatas surau tersebut. 300 ribu yob. lagi mahu kelentong ke

Tanpa Nama berkata...

ha...ha...ha...
keh...keh...keh...
koh...koh...koh...

Tanpa Nama berkata...

pakcik ZAMAN jugak steady... tak kira parti apa.. tak baik fitnah2. Asal isu surau dan masjid je nk provoke orang melayu typical yg mcm takdak otak.. kahkahkah masjid lama kena pertahan jugak? nak pertahan apa kalau nanti dibiarkan usang dan takdak seri.. dah ada yang baru, roboh pi la yg lama utk kemajuan setempat.. kalau tak, tak berkembang la negeri tu.. semua dok simpan jadi tempat sejarah je la.. otak tuan pun tak berkembang..

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita dah ada rumah baru, rumah lama kita buat apa ya, duduk juga sampai runtuh atas kepala. Tak pun selang seli sehari umah baru sehari umah lama. Kes surau tu bersalah besar ya. Kita patut dakwa orang mati juga sebab mereka telah banyak merobohkan surau2 lama dan membina surau2 baru.

Tanpa Nama berkata...

terbaik la pakcik zaman ..... ni baru respect org PAS...anak perak hanjoong ni mcm red bean army je...hehehe