05 Januari 2010

Muslimat Datang Beramai-Ramai...

18 Muharram 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

GERIK: Siri program ceramah jelajah seluruh kawasan Lenggong kali ini akan digegar oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff pula bersama Pesuruh Jaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Turut berceramah pada program bertempat di Markaz PAS Kampung Padang dekat sini mulai jam 9 malam itu ialah Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria.

Urusetia program itu, berkata oleh kerana penceramah undangan kali ini terdiri daripada pimpinan muslimat PAS, orang ramai, terutama kalangan muslimat diminta hadir beramai-ramai untuk mendengar isu-isu semasa yang akan disampaikan nanti.

Katanya, Siti Zailah yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat adalah seorang salah Ahli Parlimen wanita yang lantang berhujjah dengan fakta-fakta lengkap yang sukar ditangkis Ahli-Ahli Parlimen dari Barisan Nasional.

Selain itu, katanya hadirin juga akan dapat mendengar lebih jelas mengenai isu Kelantan sendiri dari mulut pimpinan negeri Che Siti Wan Kembang itu yang digembar-gemburkan oleh media-media pro BN sebagai sedang berada dalam kemelut.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum yb..
ceramah telah diadakan 2hb januari kemarin..
ramai pengunjung datang mendengar ceramah oleh ustazah zailah, ustaz pesuruhjaya dan hj ydp lenggong.. walau hujan renyai2 melanda markaz tarbiah kg. padang gerik..
syukran.. pemuda grik

Muhammad berkata...

Assalamu Ala Man Ittaba' Al-huda

Dalam banyak-banyak hal, memang muslimat lebih gagah, lebih bijak dan lebih peka, mengalahkan kaum lelaki. Tahniah.

Namun hendaklah berawas dan beringat setiap masa, bahawa mereka mempunyai tanggung jawab terhadap anak-anak dan suami mereka. Jangan sampai nanti dapur tak berasap, anak-anak tak mandi, Tak solat, tak mengaji. Kain baju tak berbasuh.

Hendak harapkan suami mereka bukannya mahir sangat tentang masak-memasak ni. Alih-alih nanti makan kat kedai juga perginya, ke laundry juga basuh bajunya.

Lama-lama nanti, kerana kesunyian dan tidak berteman, terpikat pula dia dengan orang lain.

Siapa pula yang akan tengokkan anak-anak mengaji. Betulkah bacaan solat anak-anak kita, sudahkah mereka solat petang ini, malam ini?

Bukankah perkara ini perangkap dunia.

Kita sibuk mengejar dunia, namun kain kita tak cukup panjang sehingga kaki dan peha kita tak tertutup. Asyek kepada perkara besar, namun perkara remeh temeh tapi amat penting banyak tertinggal, sehingga memberikan kesempatan orang lain melanyak kita.

Wassalam. Terima kasih kerana menyiarkan ulasan dan tahniah kerana melayari laman blog di bawah dan membacanya

Silakan layari:

http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

perlu juga ketempat orang ramai bayar roadtax dan beli gula, terangkan kesusahan yang berlaku akibat pemerintahan UMNO dan BN, dan minta rakyat beri sekali peluang walaupun 1 penggal perintah malaysia dan nilai kesan pemerintahan pakatan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

beberapa bulan saja pakatan rakyat perintah perak, rakyat dah buka mata, belum lagi perintah malaysia, tahniah Pas Perak dan pakatan rakyat