28 Januari 2010

Penulis blog hina Almarhum Sultan Johor direman 4 hari

12 Safar 1431H

TERKINI Mahkamah Majistret Kota Bharu memerintahkan penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.

Penulis blog itu
yang dikenali sebagai Aduka Taruna (berbaju perang), menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang semalam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu, lapor The Star Online.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka didakwa menyiarkan artikel di blognya www.adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog itu.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni jolok sarang tebuan sapa suruh..AKAL letak kat lutut.lu pikir la sendiri

david ahmad muniandy berkata...

aku bagi satu contoh:

kalau aku ialah seorang sultan atau raja untuk sebuah negeri, dari telinga aku telah mendengar ada seorang pemuda tengah menghinakan aku kerana aku adalah seorang sultan ataupun raja aku pun tak kisah. Sedangkan aku adalah pemerintah bagi aku pemuda itu ada apa, itu hanya ujian dari Allah terhadap seseorang sultan atau raja sahaja? Aku memiliki kuasa, harta dan negeri aku adalah seorang raja yang tersohor dan kaya bagi pemuda yang menghinakan aku bukannya perkara besar sangat, pemuda itu ada apa!Dia hanya rakyat yang biasa sahaja? Bagi aku akan melantikkan pemuda itu sebagai menteri penasihat sebab pemuda itu cukup berani menghinakan aku, sedangkan orang lain sudah menjadi kaki pengampu, kaki bodek dan kaki menghina pemuda itu. Negara memerlukan seseorang yang berkaliber dan berani untuk memerintahnya supaya tidak takut kepada negara-negara jiran.
Itulah caranya untuk memilih orang yang berani untuk mentadbirkan negara.