28 Januari 2010

Syarat Pengajaran di Sekolah Berasrama di Xinjiang Diperbaiki

12 Safar 1431H

Kebanyakan penduduk yang terdiri daripada penternak termasuk etnik-etnik Kazak, Mongol, Kirgiz dan Tajik bermastautin di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Mereka secara turun-temurun mengamalkan kehidupan dengan memburu binatang. Bagaimanapun, anak-anak mereka menghadapi kesukaran untuk bersekolah disebabkan kehidupan mereka sebagai pemburu dan kesesakan perhubungan lalu lintas di sana. Banyak sekolah berasrama telah dapat dibangunkan di kawasan perburuan di Xinjiang sekarang bagi mengatasi kesulitan dalam pendidikan anak-anak pemburu tempatan.

Syalitanaqi, seorang gadis manis etnik Kazak berusia 12 tahun. Dia baru sahaja masuk ke sekolah berasrama yang terletak di kawasan penternakan mukim Geljiao kaunti Jimnai Altay tiga tahun yang lalu. Dia sering kali berpindah randah mengikuti ibu bapanya di beberapa padang rumput di sepanjang tahun dan Syalitanaqi pernah belajar di beberapa buah sekolah sebelum itu. Dia mengalami kekecewaan akibat proses pembelajaran yang tidak berkualiti dan mutu pendidikan yang berbeza-beza di antara satu sekolah dengan yang lain.

Namun sekarang keadaan telah banyak berubah dan menjadi lebih baik. Dengan perasaan yang begitu gembira dia memberitahu wartawan bahawa dia tidak perlu lagi menukar sekolah dan mendapatkan perhatian khas dari guru selepas masuk ke sekolah berasrama itu. Dimaklumkan, lebih 90% penduduk etnik Kazak tinggal menetap di mukim Geljiao. Ramai pelajar yang menghadapi kesulitan sama seperti yang dialami oleh Syalitanaqi sukar mendapatkan pengajaran secara teratur dan secara berterusan.

Disebabkan kos pendidikan tempatan tidak mencukupi dan penduduk tempatan pula tinggal secara bertaburan di kawasan penternakan, maka mereka sering kali mengikuti pelajaran di dalam khemah-khemah sementara dalam jangka masa yang panjang. Sekolah seperti itu sehingga digelar sekolah rendah di atas belakang kuda. Seorang pemimpin mukim Geljiao, Puan Zhou Li menyatakan keadaan pendidikan sebelum ini telah mengalami perubahan disebabkan wujudnya sekolah berasrama seperti itu. Mutu pendidikan juga telah dapat ditingkatkan dengan terlaksanakannya penyusunan semula tenaga profesional dalam pembelajaran dan penubuhan sekolah berasrama di kawasan penternakan.

Sekolah-sekolah berasrama di kawasan penternakan di mukim Geljiao telah ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Terdapat lebih 550 orang pelajar di sekolah itu sekarang ini, di mana sejumlah besar daripadanya adalah anak-anak penternak etnik Kazak. Bilik-bilik darjah yang besar dan terang yang dilengkapi dengan kemudahan media telah siap dibina dan keadaan telah bertambah baik. Selain itu, terdapat juga kemudahan kehidupan yang sempurna termasuk pembinaan asrama dan kantin sekolah yang menyediakan makanan bersih dan klinik kesihatan turut disediakan.

CRI/-

Tiada ulasan: