30 Januari 2010

TEMBELANG NAJIB PECAH

14 Safar 1431H
OLEH: JJ (http://www.joharapat.blogspot.com)

Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN. Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas. Tetapi jenis specis yang `busuk hati' dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh' kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang' di negeri itu.

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, ``tobat lahom' Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya. Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Telah ditakdirkan Allah spesis UMNO BN dijadikan gitu....mereka ni bukan percayakan AZAB Allah...

Tanpa Nama berkata...

Pahang dahgakan pembangunan.Najib takut mengatur projek di Pahang nanti di ngap naga KUNING.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang dibuat oleh PR semuanya buruk belaka dimata KERAjaan BN, walaupun kerajaan PAS Kelantan berjaya membangunkan Kelantan lebih 19 tahun, tapi pada BN kelantan mundur, kalau nak tengok bangunan tinggi antara Ipoh dan Kota Bharu jauh ketinggalan Ipoh, itu belum Kelantan jadi negeri yang terkaya nanti, InsyaALLAH dengan pemerintahan ulama mesti mendapat rahmat ALLAH...takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Bagi saya, tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan sukar ditentukan kebenarannya, kerana perjanjian yang telah dibuat oleh Kelantan dan Petronas pada 1975 meliputi kawasan tuntutan di bawah bidang kuasa Joint Development Area (JDA) yang berada di bawah pengendalian kerajaan Malaysia dan Thailand. Sebab itulah ia dipanggil wang ihsan.

Wang ihsan bermaksud kerajaan persekutuan menimbangkan posisi Kelantan sebagai negeri yang mengeluarkan minyak sebagai posisi Kelantan sebagai negeri yang mengeluarkan minyak. Namun apabila kita bercakap soal undang-undang maritime, kerajaan Kelantan hanya mampu melihat sahaja.

Wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,
UMNO BARUAKAN RAKYAT,UMNO BARUAKAN RAKYAT,

Tanpa Nama berkata...

Wsalam,

Untuk menerangkan apa yang berlaku di KELANTAN, perkara yang berlaku di Terengganu boleh dijadikan rujukan dengan kenyataan Ku Li pada tahun 2000.

New Straits Times (Nov 1, 2000) melaporkan Ku Li yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam Perjanjian 1974 di antara Petronas dan kerajaan Terengganu on payments involving petroleum, said the State was not entitled to any royalty from the national petroleum corporation.

Ku Li menyatakan bahawa Terengganu menerima bayaran tahunan daripada Petronas bukan kerana mereka mempunyai hak atau sebab wang tersebut milik kerajaan negeri. Tetapi, kawasan penggalian berada di luar pesisir pantai negeri. Dari segi undang-undang, semasa Petronas ditubuhkan, negeri-negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak ke atas minyak yang ditemui di pesisiran pantai.

KESIMPULANNYA, telaga minyak Kelantan telahpun disahkan melebihi 3 nautika oleh Ku Li sendiri dan mengikut fakta di atas, memang Kelantan tidak layak menerima wang royalti minyak.

Tanpa Nama berkata...

macamnilah baik NEGERI KELANTAN keluar dari MAlaysia.lagi senang.

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya, tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan sukar ditentukan kebenarannya..???.
pe ko cite ni..Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas..ko reti baca ke x..mudah percaya ngan media talibarut be end..

Tanpa Nama berkata...

Geng penyamun yang diasuh oleh Tun Dr Mahathir ni akan cari jalan untuk menafikan apa yang dikatakan oleh Ku Li, mantan Pengerusi Petronas itu. Sepatutnya adakan lagi sembahyang hajat tu berkalikali sampai terbuka hati mereka! Dr Awang Adek tu sangat celupar mulut dia!!! Biar Allah tunjukkan dalil kudratNya!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau Kelantan di luar Malaysia, dia akan aman macam Brunei. Kalau kelantan keluar dari Malaysia, aku pun sanggup tinggalkan Johor untuk ikut kepimpinan Nik Aziz. Aku tak sanggup lagi melihat kezaliman UMNO. Hidup Kelantan!!!! (Walaupun aku tak pernah jejakkan kaki ke kelantan, tapi aku ucapkan terima kasih kepada rakyat kelantan yang bersemangat waja dalam mempertahankan apa yang benar) terima kasih blogger PAS dan PR yang berani menyebarkan maklumat sebenar mengenai negara kepada generasi muda seperti kami. Dulu masa aku kat Johor, UMNO buat kitorg macam lembu dicucuk hidung. Bila aku sambung degree di IPTA di Selangor, baru aku tau BN tu Barua Najis

Tanpa Nama berkata...

Klau Kelantan keluar dari Malaysia, semua akan jadi ok. Tak ada rasuah, semuanya hadiah seperti pakage haji VVIP RM65000,00 x 4. Ia bukan rasuah tapi hadiah. Pangkat pangkat yang tinggi boleh beri pada anak menantu yang pandai buat keputusan perniagaan seperti apa yang terjadi di bazar Tok Guru.

Kalau Kelantan keluar dari Malaysia, bila marah kita boleh mencarut, boleh celaka kan orang, boleh berkawan dengan syaitan. Semuanya boleh, boleh.

Kalau Kelantan keluar dari Malaysia, orang Kelantan yang berketurunan baik baik boleh bangga dengan keturunan mereka. Boleh boleh. Oh alangkah bahagianya kalau Kelantan keluar dari Malaysia.

Apa kata anak Kelantan yang berada di luar? Anda boleh buat pilihan nak terus tinggal di luar atau balik ka Kelantan? Kalau anak Johor anda kena fikir dua kali sebab saya di fahamkan anda tak boleh beli tanah kat Kelantan kalau anda bukan orang Kelantan

Tanpa Nama berkata...

najib penipu dan pembohong besar

Tanpa Nama berkata...

jangan sampai diperbodohkan UMNO dan BN hingga 100 tahun

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat pilihan terbaik kepada perubahan

Tanpa Nama berkata...

Nak sokong UMNO lagi???????????????

Tanpa Nama berkata...

untuk tumbangkan kerajaan kelantan Najib sepatutnya membayar royalti 2billion tu.Mgkin hanya dengan royalti ini kejaan kelantan akan tumbang sbb terlalu banyak pitih!.mcam cara telah digunakan tapi tak juga berjaya

Tanpa Nama berkata...

Sayonara........kezaliman tegakkan keadilan...

msarbini09 berkata...

Islam agamaku,kELANTAN negeriku, Malaysia negaraku, Pas ikutan politikku. Aku sebagian umat Melayu yang kerdil. Jika Kelantan keluar Malaysia jelaslah kita juga hipokrit seperti mereka. Sabarlah jangan ikut nafsu. PR13 nanti kita masih ada masa. Jika PR berkuasa jangan percaya Ketuanan Melayu telah lumpuh sebab Tuan Kita Yang Sebenarnya Masih Wujud Walaupun Sedikit Lumpuh. Di lumpuhkan oleh penjajah dan apabila kita merdeka pemerintah tolong lumpuhkan lagi.

Tanpa Nama berkata...

orang bodoh memang makanan aku.............

Tanpa Nama berkata...

...
Malaysia terdiri daripada negeri negeri....
Jadinya Telaga Minyak tu mesti berada dalam salah satu negeri yang membentuk Malaysia.
Adakah dalam Malaysia tidak terletak dalam mana mana Negeri/WP ???

Tanpa Nama berkata...

tak payahlah ulama-ulama nak jadi penguasa, lihat Umar bin Abdul Aziz, sentiasa takut pada Allah utk memerintah,hiduplah ulama sebagai penasihat pada pemerintah, itu lebih diredahai Allah,berdosa juga buka aib orang, menjadi penyebab huru-hara pada negara pun dosa besar.......jangan kita cari salah orang...kalau kita jadi pemerintah adakah kita mampu......nampak senang, tapi cuba-cubalah.....manusia bukan sama pendapat...Allahuakbar...