27 Safar 1431H
Email : Safarizal saleh
Kenyataan Media (10 Februari 2010)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengulangi pendirian setelah mengadakan mesyuarat di antara Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat yang di ketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri yang di ketuai oleh saya di Slim River kelmarin.
Antara perkara penting yang akan terus kami perjuangkan ialah komitmen kami dan Pakatan Rakyat (PR) ialah bagi menyerahkan kembali hak rakyat setelah rampasan kuasa oleh UMNO / Barisan Nasional (BN) awal Februari tahun lepas di kembalikan kepada rakyat bagi menentukan pemerintahan yang sebenarnya.
Malah kami akan terus memberikan penerangan kepada seluruh rakyat bahkan kepada seluruh dunia bagaimana kemelut rampasan kuasa jahat oleh UMNO / BN ini yang menyebabkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat terabai dan di tambah dengan kejatuhan ekonomi yang teruk akibat pelaburan asing takut untuk terus melabur di Negeri Perak.
DPPN Pk akan terus mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir agar membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika benar UMNO / BN mengutamakan rakyat di dalam perkara ini terutama kerana rakyat Negeri Perak telah pun memilih PR selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Jesteru hak rakyat Negeri Perak yang telah di cabuli mesti di serahkan kembali.
DPPN Pk juga mencabar pendirian ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang agar mengistiharkan status kedudukan mereka samada untuk terus berada di dalam UMNO dan mana-mana kompenan BN kerana kedudukan mereka terus akan di pertikai terutama kedudukan pemerintahan kudeta UMNO / BN yang bila-bila masa sahaja akan jatuh semula sekiranya mereka mengubah pendirian politik mereka kelak. Mereka tidak harus mempersendakan rakyat yang memilih mereka atas nama PR semasa PRU ke – 12 yang lalu.
DPPN Pk juga meminta seluruh petugas-petugas Pemuda PAS dan juga Pemuda PR agar terus menambahkan usaha kempen kesedaran kepada rakyat berkaitan nasib mereka akibat rampasan kuasa ini. Kesedaran mendaftar sebagai pemilih mesti di gerakkan agar rakyat akan kembali memartabatkan PR sebagai pemerintah bagi menghadapi sebarang kemungkinan kelak.
Malah DPPN Pk mencabar UMNO / BN bagi menyediakan pentas atau forum berkaitan rampasan kuasa jika mereka benar-benar menyakini bahawa mereka berada di landasan betul dengan cara rampasan kuasa tersebut. Malah DPPN Pk juga mencabar dan membuktikan bahawa rakyat selesa dengan pentadbiran 11 bulan oleh PR pada tahun lepas berbanding dengan pemerintahan kudeta UMNO / BN 11 bulan yang lalu.
Perjuangan hak rakyat mesti di kembalikan setelah di cabuli oleh UMNO / BN. Rakyat mesti menjadi hakim bagi menentukan siapakah yang paling layak memerintah Negeri Perak. DPPN Pk menganggap keengganan UMNO / BN untuk menyahut persoalan beberapa isu tersebut sebenarnya mereka terlalu gilakan kuasa dan takut tidak mempunyai kuasa lagi di masa hadapan.
MOHD NUR AMIN
Pemangku Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

4 ulasan:
Adalah lebih baik jika usaha ditumpukan untuk menarik 2 katak itu ke mahkamah segera atas tuduhan yang mereka lakukan. Jika terbukti bersalah, hantar mereka ke penjara dan adakan PRK di DUN mereka. Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PR.
jangan tunggu lagi... klau marah kita tunjukan kemarahan kita... klau malu jangan tunjuk kemaluan kita... jom kita berdemo dijln raya.. desak zambry bubar dun perak dan protes keputusan mahkamah..
tidak ikut pelembagaan negeri perak..
Macamana cabaran Zambry dulu tu? Berani ke PR nak sahut..letak jawatan dan kosongkan kerusi .Ada berani ke?
Rasanya PR boleh sahut cabaran zambry tu tapi dgn satu saja syaratnya. Zambry satu org saja wakil BN kena letak jawatan dan kosongkan kerusinya. MACAM MANA BOLEH? BERANI ?
Catat Ulasan