Oleh: WFAUZDIN NS
BERTUAH sungguh orang-orang yang menetap di kawasan Hulu Selangor tidak berapa lama lagi. Meskipun mereka masih berada di dalam kesedihan di atas pemergian Wakil Rakyat mereka ke Rahmatullah baru-baru ini, tetapi takdir itu membawa seribu rahmat buat masyarakat di Hulu Selangor. Mahu tidak mahu Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Seperti biasa, mana-mana kawasan yang berlaku Pilihanraya Kecil pastinya akan dilimpahi kemewahan yang tidak disangka-sangka.
Cuba sebut satu sahaja kawasan yang diadakan Pilihanraya Kecil yang tidak dilimpahi kemewahan secara tiba-tiba? Semua penduduk akan merasai betapa nikmatnya hidup sepanjang tempoh kempen diadakan. Bagi yang lelaki, mereka boleh minum teh tarik dan makan roti canai di warung atau restoren tanpa perlu membayar kerana akan ada `Sipemurah' akan membayarnya. Mereka tidak perlu lagi bekerja di ladang getah kerana akan ada `hantu raya' tolong torehkan getahnya seperti yang berlaku semasa Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai yang lepas. Bagi suri-suri rumah pula, mereka boleh lah duduk menonton TV sepanjang hari kerana akan hadir `Puteri-Puteri' dari kayangan berpakaian serba `pink' tolong membasuh kain, menyapu halaman rumah hatta tolong dodoikan anak-anak mereka.
Di saat menjelang pilihanraya nanti, dari sekarang jika rumah anda ada sikit-sikit bocor atap atau dinding rumah reput, lebih baik buangkan terus. Jangan khuatir, atap rumah anda dan dinding rumah anda akan ditukar dengan yang baru. Bayaran? Tidak perlu, anda cuma perlu ikatkan bendera logo keris telanjang tanpa sarung atau dacing baghdad berkarat tu pada tiang-tiang rumah anda. Tidak percaya? Cuba tanya orang-orang Manek Urai atau orang-orang di Bukit Gantang dan Permatang Pauh.
Tapi mereka mungkin silap apabila berdepan dengan masyarakat di Hulu Selangor ini. Jika di Kelantan, rakyat di sana telah diajar petua oleh Tuan Guru Nik Aziz bagaimana untuk berdepan dengan `hantu-hantu raya' yang boleh merupa-rupa ini. Di Kelantan mereka mengamalkan petua, "beri gula, kacau, beri kain, sarung, beri duit, ambil....undi tetap PAS". Hasil dari petua ini Kelantan selamat berpuluh tahun. Petua di Kelantan boleh digunakan di Hulu Selangor sekiranya kita ingin melihat `hantu-hantu raya' ini diperbodohkan. Telah lama orang-orang Melayu diperbodohkan oleh `hantu-hantu raya' yang boleh merupa berbagai rupa ini, kini tiba pula waktunya kita perbodohkan mereka pula.
Mereka ini tiada kekuatan apa-apa kecuali umpan duit, guna jentera kerajaan dan media pencacai mereka. Jangan pelik mulai sekarang kita akan mendengar beratus-ratus orang ahli PR keluar dan menganut `mazhab' Umno/Bn. Di Hulu Selangor nanti akan dimainkan lagu-lagu lama kitaran semula. Menteri-menteri akan datang setiap hari untuk merasmikan bangunan, projek, program hatta perasmian tandas awam pun akan ada menteri yang turun siap siaran langsung oleh TV. Anda jangan sangka negara kita ingin berperang atau huru hara apabila anda melihat beberapa tempat didirikan khemah-khemah Polis.
Mudah-mudahan penduduk-penduduk di Hulu Selangor tidak dirasuk oleh `hantu-hantu raya' ini. Persetankan jenis atau bangsa apa `hantu-hatu raya' ini samada berkulit sawo matang mahu pun berkulit gelap kerana `hantu raya' tetap `hantu raya' yang sentiasa ingin menipu./wfauzdin.blogspot.com.

5 ulasan:
Teringat saya bila diberitahu anak2 kelantan khususnya pelajar2 dan anggota2 kerajaan diberi tambang percuma pergi balik khusus untuk mengundi dengan harapan bersatu tenaga mengalahkan tok guru....
Alih2 Tok guru kekal memerintah...
U can't fool all the people all the time..
Rakyat Hulu Selangor tentu lebih arif tambahan pula mereka tentu akan meneruskan semangat Allahyarham sendiri yang sudah tidak mahu berada dibawah telunjuk UMNO yang haprak.
Berilah undi yang padat sepertimana yang diharapkan sebagai tanda taat setia rakyat pada perjuangan Allahyarham.
Kita tolak UMNO bukan kerana benci tapi kerana kita juga memerlukan arus perubahan segera kerana UMNO terlalu leka mengisi temolok masing2.
Sekurang2nya biar UMNO sedar yang rakyat juga ada maruah dengan cara kita sendiri...meh kita pula melihat gelagat mereka tercari2 ruang untuk menari...
Tarian mereka dah mula lari...nak salahkan lantai...lantai mereka yang diri...nak salahkan kaki...kaki ampu dah tak de gigi...
Bila rakyat diajak masuk gelanggang...
Cakap rentak apa saja bisa dong!!!
Canggung, mak yong, silat cekak,silat gayong,nak masak nasi,masak mee bandung,pendek kata semua rakyat jelata boleh buat bukannya macam UMNO yang asyik2 nak makan tanggung...makan free...makan rasuah...makan maggi...tumbuk rusuk,tumbuk mata,cucuk hidung.
Susah nak jumpa keserasian lagi dalam diri orang2 UMNO.
Bila tengok pasangan tua yang masih bermasam muka...sah dah!!! UMNO mali maa..
makan sampai kenyang tapi undi Pakatan Rakyat
Kewajipan kita berada di dalam jamaah Islam!
Kerajaan akan bina highway lapan lorong dari KKB terus ke Bukit Fraser kalau penduduk Hulu Selangor undi BN..bertuah la badan
masa skolah kt sekolah simpang dlu Be End yg dok perintah hulu slgr..
apa pon takde.. skolah kami (SAMTKKB) dan mcm pondok buruk seolah2 takde yg perihatin nak bg bantuan kt sekolah..
kat pekan kkb apatah lagi.. nmpk sangat pekan koboi yg mcm baru lepas perang..sunyi dan pilu..
2 tahun lepas ke KKB selepas hulu selangor di bawah pemerintahan PR.. Subhanallah, sekolah aku tu dah macam2 kemudahan ada.. pekan pon nampak la pembangunannya walaupun pada waktu tu PR baru je perintah PR di Selangor..
kalau ada yg masih pangkah UMNO..nampak sangat ada barah otak yg sentiasa nampak duit utk diri sdri je tapi x reti nak pikir orang lain pon perlukan bantuan dan pemerintah yang betol2 adil,saksama, memerintah tanpa korupsi dan kuku besi mcm UMNGOK!!
Catat Ulasan